'Ibu, jangan tinggalkan baby! Tolong baby!' - Anak menangis dan merayu tak nak pergi sekolah, rupa-rupanya pernah dikasari cikgu
Susulan viral video di media sosial yang menunjukkan dua guru wanita mengasari beberapa muridnya sehingga mencetuskan kemarahan warga netizen, ibu kepada salah seorang murid yang juga dihantar ke tempat yang sama tampil meluahkan perkara yang berlaku kepada anaknya.
Selama ini, anak perempuan banyak memberi tanda-tanda seperti tidak mahu pergi ke sekolah, namun ibunya tidak mengerti dan memujuk anaknya hadir seperti biasa. Ibunya juga pernah menemui kesan-kesan lebam di anggota badan anaknya itu dan apabila ditanya, guru terbabit memberi alasan anak terjatuh dan banyak lagi alasan lain.
Sehinggalah viral video kejadian, membuatkan si ibu terkejut dan tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku di sekolah anaknya.
AKU bersyukur sangat. Kalau tak disebabkan Cikgu Atika viral video ini, sampai bila-bila kekejaman berlaku di Taska PPKK. Aku sedih sangat, aku paksa anak aku pergi sekolah. Aku cakap,
Selama ini, anak perempuan banyak memberi tanda-tanda seperti tidak mahu pergi ke sekolah, namun ibunya tidak mengerti dan memujuk anaknya hadir seperti biasa. Ibunya juga pernah menemui kesan-kesan lebam di anggota badan anaknya itu dan apabila ditanya, guru terbabit memberi alasan anak terjatuh dan banyak lagi alasan lain.
Sehinggalah viral video kejadian, membuatkan si ibu terkejut dan tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku di sekolah anaknya.
AKU bersyukur sangat. Kalau tak disebabkan Cikgu Atika viral video ini, sampai bila-bila kekejaman berlaku di Taska PPKK. Aku sedih sangat, aku paksa anak aku pergi sekolah. Aku cakap,
"Kalau baby tak nak pergi sekolah, mama tak nak belikan mainan."
Patutlah setiap kali hanar ke sekolah, mesti dia akan menangis dan merayu.
"Ibu, jangan tinggalkan baby. Ibu tolong baby."
Bila waktu pagi, nak kejutkan baby untuk pergi sekolah, dia buat-buat meninggal. Ya Allah, sedihnya. Barulah aku tahu kenapa paha baby lebam-lebam. Bila ditanya,
"Kenapa kaki baby lebam-lebam? Siapa buat?"
"Kawan baby buat," jawabnya.
Cikgu-cikgu saiko anak aku sampai macam itu sekali. Baru lepas 6-7 hari tangan kanan ada kesan gigitan, tak sangka bila tanya siapa yang buat, dia kata Dina yang menggigitnya. Rupa-rupanya pada 11 Ogos lalu, aku terbaca salinan laporan polis yang mengenai kes dera yang berlaku di taska anak aku. Berderau darah aku!
Betapa sedih dan luluhnya hati ini bila teringat kesan-kesan lebam, bila tengok video viral itu, anak pegang beg tunggu turn. Banyak sangat yang dah berlaku pada my baby. Setiap kali kalau aku yang hantar, pasti aku belikan sarapan untuk cikgu-cikgu itu sebab mengenangkan jasa dia menjaga anak aku dalam keadaan baik.
Tetapi rupa-rupanya syaitan!!! Aku siap suggest pada kawan yang taska itu okay. Kawan aku hantar anak dia ke taska itu sebab percaya pada aku. Maaf Diera Nadiera, aku rasa bersalah sangat.
Dalam video viral itu, budak yang kena itu bukan anak saya. Anak saya yang pegang beg warna putih, beratur di belakang murid bernama Dina dan tengah menunggu giliran.
Saya tak boleh bayangkan anak saya tengok dan ketakutan macam mana perasaan budak-budak di situ melihat saja tindakan cikgunya. Tengoklah apa yang dibuat mereka.
Saya teringat kesan-kesan yang pernah ada di badannya. Bila ditanya siapa buat? Cikgu jawab, bergaduh, jatuh etc.
Bila kes video viral itu, barulah aku tahu. Ini punca kesan-kesan yang ada pada anak aku. Bukan anak aku saja, mungkin ada budak-budak lain pun kena.
Saya tak sangka selama 10 tahun berurusan dengan cikgu itu, memang mulut manis, tak sangka rupanya hati busuk dan tak ada perasaan. Sedih bila ingatkan anak saya yang tidak mahu pergi ke taska.
Ada beberapa kali bila kemas baju kotor anak, ada seluar terkena kencing. Sebab apa punca kencing dalam seluar? Bila ditanya pada cikgu, "Kenapa baby kencing dalma seluar?"
"Baby nak ke tandas, baby menangis sampai terkencing puan." katanya.
Ya Allah, selama 10 tahun, dari umur anak sulung hantar ke PPKK, sampai transit, rupanya aku hantar ke tempat orang yang punya hati busuk! Tak ada belas kasihan. Maafkan ibu, baby. Selama ini paksa anak ibu pergi sekolah.
Tolong peka dengan apa yang terjadi. Selama ini tengok video anak orang lain (didera), bila tengok taska anak sendiri, Ya Allah. Tak dapat aku gambarkan perasaan aku ini. Luluh hati ini.
Kes dalam siasatan, harap cikgu-cikgu yang zalim itu dikenakan tindakan yang setimpal. Ibu bapa beri kepercayaan tetapi kau buat anak aku begini! Ya Allah!
Apa pun terima kasih kepada owner, Cikgu Erni yang mengambil tindakan
from The Reporter https://ift.tt/2w7sAW9
via IFTTT