'Selepas terlanggar, driver bas cuba berbincang tetapi dikejar sekumpulan lelaki bersenjatakan' - Saksi


Susulan kejadian sebuah bas RapidKL melanggar 7 buah kenderaan sehingga menyebabkan empat orang cedera dalam kejadian jam 8 malam tadi di Jalan Ampang, beberapa saksi kejadian tampil menceritakan kejadian sebenar dan menafikan beberapa dakwaan yang tidak berasas. 

Menurut Hesty Natalia, salah seorang penumpang dalam bas tersebut berkata, dia dan beberapa penumpang lain diminta turun dari bas selepas pemandu bas itu terlanggar sebuah kereta Proton Saga. 

"Dia memang main cucuk-cucuk kereta lain dari selepas Ampang Point sampailah ke AU2 itu. Saya nampak ada kereta Proton Saga berwarna hitam di depan yang dia cucuk itu tetapi tidak menyangka dia akan melanggarnya. 

"Saya nampak kereta itu berpusing-pusing dan terkena gerai burger. Apabila semua turun, nampak abang baju merah naik. Kemudian yang lain naik motosikal dan kejar," katanya. 


Dari cerita saksi, Muhamad Firduas, pula berkata, pemandu bas terbabit sebenarnya terbabas kerana mahu mengelak motosikal budak-budak yang melepak di gerai burger tersebut. 

"Belum sempat slow talk, satu flat turun dengan kayu dan samurai. Kasihan pemandu bas itu dipersalahkan dengan hanya mendengar sebelah pihak. 

"Dia kini dalam zon merah, zon kritikal. Anaknya masih kecil lagi. Akibat manusia buat undang-undang sendiri, hanya kerana terlanggar gerai burger, dikejar beramai-ramai dengan kayu dan samurai. Siapa yang tak lari kalau dah satu flat kejar?" katanya yang menafikan dakwaan kononnya wanita dan bayinya berusia dua bulan terpelanting akibat kemalangan itu. 


Eyda Lee yang mendapat maklumat daripada bapanya yang berada di tempat kejadian itu menjelaskan, pemandu bas itu terdahulu telah terlanggar sebuah kereta di AU2 Keramat dan kereta itu terlanggar pula gerai burger berhampiran. 

"Bas ada masalah dan dia terlanggar sebuah kereta di AU2 Keramat dan kereta itu pula melanggar gerai burger di situ. Tetapi makcik yang pegang bayi itu tak dilanggar pun. Cuma hampir dilanggar dan trauma. 

"Belum sempat apa-apa, geng-geng motosikal ini dah nak serang dia macam samseng, buka dan bawa bincang. Dalam keadaan seperti itu sudah tentu pemandu bas takut dan terus memandu nak pergi ke balai polis tetapi dikejar oleh motor-motor itu.

"Sampai di susur MMR, jalan sesak dan dia rempuh pula kereta yang ada di situ mungkin sebab terlalu takut. Bila bas berhenti, dia turun nak lari tetapi ditangkap dan dipukul beramai-ramai. Ayah saya yang bantu. 

"Macam ini ke cara orang kita nak selesaikan masalah? Walhal ada banyak lagi cara lain. Driver itu pun ada anak bini. Info terbaru kata dia kritikal di hospital sekarang. Mana sifat kemanusiaan? Kalau driver itu mati, kes ini dah kes bunuh," katanya. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Terdahulu, video kejadian itu turut viral di media sosial malam tadi yang menunjukkan seorang penunggang motosikal mengejar bas yang dipandu laju itu. 

Juga kedengaran penunggang motosikal berkenaan memaki hamun pemandu bas itu yang didakwa telah melanggar ibunya yang memangku bayi berusia dua bulan sehingga terpelanting sebelum bertindak melarikan diri selepas merempuh kenderaan lain. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2OJAv3Y
via IFTTT