'Siapa yang kata Hantu Kak Limah lawak kosong dan bodoh?' - Lelaki ini sekolahkan kaki kritik


Filem Hantu Kak Limah (HKL) yang telah ditayangkan beberapa hari lalu mencatatkan rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta dalam hanya empat hari tayangan. Di sebalik kejayaan filem ini, terdapat kritikan negatif daripada segelintir penonton. 

Berdasarkan kritikan dari netizen, filem ini juga telah dibandingkan dengan filem Pulang. Filem Pulang yang merupakan adaptasi daripada kisah sebenar dikatakan naskhah yang lebih baik daripada HKL.

Tetapi, Ahmad Faizal pula beranggapan sebaliknya dan menganggap cerita HKL bukan lah kosong, tetapi penuh dengan elemen pengajaran dan juga sindiran merangkumi isu-isu kehidupan, politik dan juga sejarah.

SIAPA yang kata Hantu Kak Limah lawak kosong dan lawak bodoh?

Kau sini kejap. Ni aku nak bagi tau falsafah dan isi tersirat dalam #HKL untuk kau yg acah-acah nak tengok cerita berilmiah sangat. Ini Bebenang.

Semua backgroud cerita ni adalah sungai dan sampan. Ini bukan tiru Pee Mak lah pandai. Sebenarnya sebelum datang orang putih yang bina jalanraya dan kereta api, orang Melayu memang guna sampan dan sungai sebagai jalan perdagangan. Sampai orang Melayu digelar 'orang sungai'.

Kalau tengok dalam kampung pisang tu kejap ada orang cakap Perak kejap ada cakap utara. Sebenarnya Mamat nak bagitau dekat Perak dalam satu negeri ada macam-macam loghat. Loghat utara banyak belah Taiping. Loghat Perak banyak belah Kuala Kangsar dan Perak tengah.

Sejak Zombi Kampung Pisang, Mamat Khalid satu-satunya pengarah yang highlight kan jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP). Bukannya macam cita Suamiku Seorang Duktur.

Ada babak Zul Aripin belum apa-apa lagi dah bersilat pulut. Ini Malay Value yang orang tak nampak. Orang Melayu memang suka berbunga-bunga tapi isinya kontang. Cakap nak tampaq hantu kak limah tapi bila dengar bunyi kak limah sampai dia yang takut dulu.

Ada babak seorang budak gemuk yang cerita dia dapat subsidi kerajaan kutip durian. Inilah mentaliti subsidi yang ada pada org kita. Pastu tengah-tengah kalut dengan hantu pun dia pegi melalut cerita pasal subsidi.

Kisah Noraini yang tak tahan duduk dengan Khuda sebab kehidupan Orang Bunian serba mewah. Sebenarnya dia nak bagitau kat situ memang orang perempuan zaman sekarang suka hidup mewah-mewah macamlah dia hidup di alam bunian.

Dialog popular "cakaplah kita dah merdeka" sebenarnya nak sedarkan kita bahawa walaupun kita dah merdeka tapi sikap kita masih tak berubah. Masih lagi percaya kepada tahyul mahyul.

Memang ada orang cakap cerita ni ada tiru P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok. Untuk orang yang acah-acah alert sgt tu. Semua orang tahu la tu cerita P.Ramlee. Tak payah kau nak terkejut sangat. Mamat Khalid dah bagitau itu adalah tribute dia untuk P.Ramlee bukan sebab dia tak ada idea. Ada paham kah?

Ramai yang expect nak gelak terbahak-bahak dan tak suka ada babak nyanyi-nyanyi dalam tu. Eh kemon la ni filem, bukan maharaja lawak yang nak bagi kau gelak je sepanjang masa. Okay, dulu kita ada movie senario kan? Cuba kau bandingkan movie dengan pementasan depa.

Watak yang dilakonkan oleh Sabri Yunus tu nak menunjukkan yang ada dalam kalangan ahli politik kita yang desperate sangat carik sokongan sampai ke orang bunian disuruh daftar jadi pengundi.

Ada satu babak yang Wani bertanya "Eh kata PAS". Sebenarnya kat situ dia nak bagitau yang orang kita semua benda nak dipolitikkan. Sampai dengar bunyi macam Man to Man pun dia dengar macam UMNO.

Dalam cerita ni pun ada banyak tunjuk yang orang kita suka berangan. Dari watak Husin yang bawak sampan ala-ala bawak Harley Davidson sampailah ke watak Imuda yang sembang kencang dia belajar sampai Onosity. Padahal darjah 6 pun tak lepas.

Komposer paling prolifik di era ini ialah M.Nasir. dan beliau sendiri mengakui lagu balada terbaik yang pernah diciptanya ialah Srikandi Cintaku. Dan kita dapati lagu ni ada banyak versi termasuklah Bloodshed, Shamrin, Amy Search, Hijjaz dan lain-lain. Jadi tak harianlah lagu ini jadi OST.

Dialog last sekali lepas tribute untuk watak-watak yang sudah pergi. Rugi siapa yang angkat punggung cepat sangat sbelum cerita ni betul-betul habis.

"Nak tau kenapa orang Melayu tak maju-maju?"

"Kenapa"

"Tengah serkup arang pun sibuk cerita benda yg dah lepas"

Dan yg terakhir sekali suka saya kongsikan pendapat Pelakon Terbaik FFM 29, saudara Nam Ron.

Sumber: Ahmad Faizal


from The Reporter https://ift.tt/2PeqOeM
via IFTTT