Accapan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang


Pelakon dan pelawak, Samynathan A/L Rethinam atau lebih dikenali sebagai Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun pada jam 2.43 pagi, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut anak bongsunya, Yhuveneshwary berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di kediaman mereka di Taman Puchong Utama kerana kegagalan buah pinggang. 

Pemergian Accapan itu meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anaknya.

Dalam karier lakonan, Accapan mula dikenali melalui sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan banyak berlakon dalam drama dan filem dengan pelbagai watak kelakar yang meninggalkan kesan kepada penonton. 

Sementara itu, Persatuan Seniman berkata, upacara penghormatan terakhir untuk Accapan akan dibuat di kediaman mendiang pada jam 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.


from The Reporter https://ift.tt/2CTPUNV
via IFTTT