'Aku cilikan mulut dia, tampar-tampar sampai berdarah' - Bapa bedal anak kerana tanya soalan mengenai babi
Viral di media sosial komen seorang lelaki yang mendakwa dia telah 'mengajar' anaknya yang didakwa berkata perkara yang dianggapnya tidak elok, menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Individu berkenaan berkata, anaknya bertanya apakah betul khinzir boleh dimakan, menyebabkan dia berang lalu menghukum anaknya itu dengan cara yang agak tidak masuk akal.
"Alhamduliillah anak-anak aku semua berbudi bahasa dari kecil. Pernah masa kecil-kecil anak yang sulung cakap, "Babah, betul ke babi boleh dimakan?" aku cilikan mulut dia. Tampar-tampar sampai berdarah dan sejak dari itu dia takut dan cakap benda baik saja," kata lelaki itu.
Bagaimanapun tindakannya itu dipertikaikan netizen kerana anaknya hanya bertanyakan soalan, tiada sebab untuk si bapa bertindak keterlaluan seperti itu.
Sedar tindakannya dipertikaikan netizen, lelaki terbabit menjelaskan itu adalah cara dia mendidik anak dan dia lebih senang seperti itu.
"Saya lebih senang dengan cara saya dan setakat ini tak adalah sampai anak takut nak bergurau dengan saya. Makan pun bersuap-suap.
"Saya bukan Nabi, saya bukan malaikat. Saya rasa dia patut dihukum dan saya hukumlah dengan cara saya," katanya.
Sementara itu, netizen hairan dengan sikap si bapa yang tergamak bertindak sedemikian sedangkan perkataan 'babi' tidak sepatutnya dilabelkan sebagai perkataan yang tak baik, malah anaknya hanya bertanyakan soalan sahaja.
Netizen juga mengingatkan lelaki itu bahawa, dalam Islam, adalah dilarang ditampar pada bahagan muka. Malah, tiada keperluan untuk si bapa bertindak keterlaluan seperti itu kerana anaknya hanya bertanya, bukannya menggelar seseorang itu dengan panggilan babi atau yang sewaktu dengannya.
"Well done bro. Nanti tua kalau anak kau tampar-tampar kau sampai berdarah, cilikan mulut kau, jangan tanya kenapa dan jangan labelkan anak kau anak derhaka sebab kau dulu yang derhaka dengan dia.
"Anak adalah cerminan ibu bapa. Kalau anak kau tanya betul ke babi boleh dimakan, kau jawab soalan dia babi tak boleh dimakan dan beritahu kenapa tak boleh dimakan.
"Kalau kau rasa babi is a bad word, beritahu dia jangan gunakan perkataan itu. How you treat your kids today is how they gonna treat you tomorrow," kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2Nf1ckN
via IFTTT