'Nak, baliklah jumpa mak yang dah tak ada banyak masa ini...' - 9 tahun pisahkan diri dari keluarga, akhirnya lelaki ini pulang tetapi..
Tatkala kita sedang susah memikirkan kehidupan, ada insan yang menyedarkan kita jalan yang tenang. Ketika kita jatuh di usia masih kecil, ada insan yang memimpin kita bangkit melawan kesakitan. Ketika semua meminggirkan kita, ada insan yang menemani setiap detik dan saat bersama dengan kita. Insan itu, seorang ibu yang tidak jemu melayan kita sedari kecil lagi.
Tetapi, kita sebagai anak, adakah kita mampu membalas segala kudrat seorang ibu? Tentu sukar, bukan. Apatah lagi kerjaya telah mendominasi segala.
Kisah yang tular berlaku di China ini membuatkan ramai menitiskan air mata. Hasrat seorang ibu untuk berjumpa dengan anaknya tertunai apabila anaknya pulang setelah sekian lama tidak berjumpa sejak tahun 2009 lagi.
Tetapi sayangnya, hasratnya itu tercapai ketika dia sudah meninggal dunia. Media di China melaporkan anak wanita itu, Yan Renrong dari Jiangxi memberi maklum balas mengenai kenyataan umum ibunya yang sebelum ini mendedahkan kepada umum bahawa dia akan menolak untuk menerima rawatan kanser kecuali jika dia dapat berjumpa dengan anaknya.
Ibunya, Liu Xinu merupakan pesakit kanser rahim menulis surat umum memohon untuk berjumpa dengan anaknya yang telah terpisah daripada keluarga selama sembilan tahun. Dia turut menyatakan dia akan memberhentikan rawatan kanser jika tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.
“Anakku, ibu mohon untuk berjumpa. Ibu dah tak punya waktu lagi.” katanya.
Selepas menerima berita mengenai ibunya di media, Yang, yang bekerja di sebuah hotel di Xian, menghubungi pihak polis untuk mendapatkan nombor telefon keluarganya dan mula menghubungi ibunya pada hari Isnin, 3 September.
“Saya mahu pulang ke rumah setiap tahun, tetapi saya tidak mampu lakukan,” ujar Yang.
Yang merupakan anak kebanggaan keluarganya setelah dia memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik. Dia dimasukkan ke Universiti Beihang Beijing pada tahun 2003. Pada ketika itu dia masih menghubungi keluarganya.
Walaubagaimanapun pada tahun 2008, ibunya mendapati dia telah gagal. Yang berjanji kepada ibu bapanya bahawa dia akan bekerja keras dan mengambil peperiksaan ulangan. Beberapa bulan kemudian, bapanya menerima maklumat dari pihak bank bahawa anaknya telah berhutang sebanyak RM18,205. Bapanya melunaskan hutangnya dan meminta Yang mencari kerja tetap.
Pada Mac 2009, Yang menghantar pesanan kepada bapanya bahawa dia berada di Beijing dan meminta agar ibu dan bapanya tidak perlu risau tentang dirinya. Pesanan itu merupakan kali terakhir Yang menghubungi keluarganya.
Maklumat terakhir yang mereka perolehi adalah Yang menggunakan kad pengenalannya membeli tiket ke Xian pada tahun lepas.
Setelah menerima panggilan telefon daripada Yang, ibunya akhirnya menyambung semula rawatan sambil menunggu kepulangan anak lelakinya itu.
Sangat menyedihkan, apabila penantian yang menyakitkan selama sembilan tahun untuk berjumpa dengan anaknya dan akhirnya penantian tersebut bernokhtah ketika dia sudah terbaring menutup mata.
Sumber: World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2NWpZpK
via IFTTT