Suspek akui tusuk leher ibunya ketika bertengkar di dapur


Suspek yang membunuh dan membuang mayat ibunya ke dalam tangki najis di belakang rumah berjaya ditahan polis pada jam 8.45 pagi di hadapan Pejabat Kesihatan daerah di Jalan Air Putih, Balik Pulau, lapor Harian Metro.

Ketika ditahan, suspek berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat menghidu petrol. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anabalagan berkata, suspek dan mangsa bertengkar sebelum suspek dipercayai menusuk leher mangsa dengan senjata tajam.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengakui membunuh ibunya selepas kedua-duanya bertengkar di dapur rumah mereka," katanya. 

Pada 19 September lalu, Faridah Hashim, 63, dilaporkan hilang dan misteri kehilangan warga emas itu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumah. 

Mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui oleh menantunya pada jam 2 petang. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2QU4rMx
via IFTTT