'Tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang' - Korbankan gaji untuk keluarga di kampung tapi...
Kedatangan mereka ke negara kita juga menimbulkan pelbagai spekulasi dan kaitan dengan kes jenayah. Tetapi, tidak semua antara mereka bersikap demikian. Ada dalam kalangan mereka ikhlas datang ke sini kerana mahu menyara keluarga yang tinggal jauh beribu batu.
Lukman Hafidz melalui bebenang di Twitter berkongsikan pengalamannya yang pernah mengenali dua warga Bangladesh semasa di tempat kerjanya dulu. Dia pernah melihat mereka menangis kerana nasib malang yang menimpa mereka. Ketika hati mereka berbunga riang, keriangan tersebut terhenti apabila mereka diragut dan ditipu di rantau orang.
Lepas tengok movie #onetwojaga teringat pulak time intern dulu kerja dengan contractor sebagai Quantity Survey (Juruukur Bahan), so selalu lah ke tapak binaan. Pantau progress, pekerja dan work rate bagi pihak company. Ada lah dua org warga Bangladesh yg aku slalu communicate.— luqman hafidz (@luqmanhafidz111) September 13, 2018
LEPAS tengok movie #onetwojaga teringat pulak time intern dulu kerja dengan contractor sebagai Quantity Survey (Juruukur Bahan), so selalulah ke tapak binaan. Pantau progress, pekerja dan work rate bagi pihak company. Ada lah dua orang warga Bangladesh yang aku selalu communicate.
Nama diorang Salim dan Babloo. Diorang punyalah rajin dan patuh walaupun aku time tu baru sangat masuk kerja. Salim ni suara sedap, nyanyi lagu hindustan je waktu buat kerja. Watak dialah aku curi waktu buat drama JBC dulu. Si Babloo murah dengan senyuman, dia selalu usik “you boss ma”.
Kerja diorang memang berat, aku sendiri pernah turun dua hari untuk ikat bata, niat nak belajar. Punya letih even stamina aku yang selalunya tidak menghampakan atas padang, kalah teruk di tapak binaan. Diorang dok gelakkan je bila tengok aku berhenti rehat setiap 30 minit.
Tapi bila tiba waktu rehat, aku tersentak tengok diorang makan nasi kosong dengan bawang. Aku tanya kenapa tak makan ayam ke ikan ke. Sambil senyum diorang jawab,
“Duit gaji separuh kasi family, separuh kasi agen simpan nak balik nanti, so kena jimat.”
Dua-dua ada family, 5 tahun tak balik membanting tulang cari rezeki. Hujung bulan tu gaji diorang akan dibayar lebih dari biasa sebab diorang selalu overtime, project pun dah nak siap. Pagi tu diorang punya happy sebab malam tu ‘kepala’ diorang akan datang bagi gaji.
Esok pagi aku pergi ke site macam biasa, aku tengok pagi tu macam suram, dua tiga orang je yang kerja. Aku cari Babloo dengan Salim tak ada. Rupanya diorang dalam site office dengan ‘kepala’ diorang. Menangis teresak-esak.
“Aku dah cakap jangan keluar dari site, korang keluar kenapa?!”
Aku tanya “Bang nape ni?”.
‘Kepala’ diorang jawab “Diorang keluar malam semalam lepas dapat gaji pergi beli rokok kat flat sana tu. Lepas tu kene pau, tak cukup semua duit kena ambil, kena pukul lagi.”
‘Kepala’ diorang jawab “Diorang keluar malam semalam lepas dapat gaji pergi beli rokok kat flat sana tu. Lepas tu kene pau, tak cukup semua duit kena ambil, kena pukul lagi.”
Kesiannyalah aku tengok diorang sebab aku sendiri jadi saksi betapa kuat diorang kerja. Diorang kena pukul, pau dengan budak-budak yang lepak kat taman semasa dalam perjalanan nak beli rokok. Muka bengkak-bengkak, semua duit gaji habis tak ada langsung.
Hari itu diorang duk temenung fikir macam mana nak hantar duit balik kampung, macam mana nak bagi agen diorang untuk kumpul nak balik nanti.
Hari tu aku keluar kan duit poket aku belanja diorang makan. Minggu tu juga aku upah diorang buat bangku dari baki bahan binaan yang tak terguna. Saja nak bagi diorang sikit duit yang aku harap membantu, tapi takat mana je aku mampu tolong, aku pun baru kerja.
Aku tak tau kenapa ‘kepala’ yang jaga tu tak mahu laporkan pada polis. Mungkin ada hal yang dia cuba sorok. Tak ada apa yang aku boleh buat sebab itu semua luar kawalan aku.
Tak lama lepas tu aku di transfer project dekat Putrajaya, so aku tak jumpa dah Salim dan Babloo. Beberapa bulan lepas tu aku dengar duit yang diorang simpan untuk balik di songlap. So diorang kena start balik kumpul.
Luluh dengar kisah diorang dari rakan sekerja, sebab aku tahu diorang memang jujur nak cari rezeki untuk keluarga, bertimpa-timpa ujian diorang kena. Projek diorang buat adalah construction Masjid. Harapnya pahala insyaAllah terkumpul untuk diorang setiap kali orang gunakan masjid tu.
To conclude, jangan kita tidakkan hak orang, tak kira siapa pun dia, atau tinggi mana pun pangkat kita. Tuhan maha adil, hidup pusing-pusing macam roda. Hari ni hari Babloo dan Salim, esok mungkin hari kita. Semoga kita dijauhkan dari dianaya, dan tidak sekali menganiaya yang lain.
Sumber: Luqman Hafidz
from The Reporter https://ift.tt/2pu6RoN
via IFTTT