Dunkin' Donuts pada Selasa lalu berkata, pihaknya mahu menjenamakan semula syarikat itu sebagai "Dunkin'", sebagai sebahagian dari perancangan baru Ketua Pengarah Eksekutif Dave Hoffman, untuk membawa minuman dan sarapan pagi dalam menu restoran tersebut.
Menurut kenyataan syarikat itu, Dunkin akan memberikan fokus pada hidangan kopi terbaik dan pantas, serta masih akan kekal menggunakan tema warna merah jambu, jingga dan font ikoniknya itu.
Buat masa ini, sudah ada beberapa buah restorannya yang menggunakan nama "Dunkin'" tanpa "Donut" dan penggunaan nama baharu itu akan digunakan semua cawangannya di seluruh dunia mulai Januari 2019.
Dunkin juga mahu memberi pengalaman drive-thru yang lebih cepat di mana pelanggannya boleh memesan terlebih dahulu melalui aplikasi khas di telefon pintar mereka.
It’s official: We’re going by Dunkin’ now. ๐ค After 68 years of America running on Dunkin’, we're moving to a first-name basis. ๐งก Excited to be #BFFstatus with you all ๐ฏ☕️๐ฉ #firstnamebasis #besties pic.twitter.com/hmzd2Bamlm— Dunkin' (@dunkindonuts) September 25, 2018
Mesin espresso juga akan digunakan bagi memberikan penghasilan minuman yang terbaik untuk pelanggannya. Pakaian seragam baru untuk kakitangannya juga akan diperkenalkan.
Sumber: AsiaOne, Warta Ekonomi
from The Reporter https://ift.tt/2xDqgIk
via IFTTT