Seorang lelaki berusia 31 tahun dari Yunnan, China, dijatuhkan hukuman enam bulan kerana memuat naik video lucah di group WeChat yang dikendalikannya, lapor Next Shark.
Luo, 31, mewujudkan group WeChat dengan nama "Border Antique Auction" pada Februari 2017, untuk mempamerkan barangan antik.
Namun pada tahun ini, group WeChat itu mula dicemari dengan video-video yang tidak menepati tujuan asal group itu diwujudkan.
Dari 31 Mac hingga 10 April, sebanyak 46 video yang tidak senonoh dikongsikan setiap hari dan jumlah keseluruhan adalah 515 video bagi tempoh 11 hari itu.
Selaku pemilik group itu, Luo kerap menukar nama group itu bagi mengelakkan dirinya ditangkap dan group itu mempunyai seramai 150 orang ahli sebelum telefon bimbitnya dirampas pihak berkuasa.
Luo yang ditahan pada bulan Mei, dihadapkan ke mahkamah pada Ogos lalu untuk perbicaraan.
Minggu ini, pihak berkuasa memutuskan, Luo dikenakan hukuman penjara selama enam bulan kerana pihak mahkamah mengambil kira ini merupakan kesalahan pertama Luo, dan dia juga telah insaf dengan perbuatan jijiknya itu.
from The Reporter https://ift.tt/2ytzR4A
via IFTTT