'Hanya dengan gambar sahaja keluarga ini disihir'


Seringkali diingatkan agar berpada-pada apabila berkongsi gambar atau kebahagiaan diri di media sosial kerana mungkin ada segelintir individu yang tidak menyenangi apa yang dinikmati oleh anda. Akibatnya? Ia boleh membawa kepada penyakit Ain.

Viral di media sosial perkongsian dari wanita ini agak mengerunkan netizen kerana gambar tersebut dipenuhi dengan ayat-ayat yang membawa kepada kebinasaan. Berhati-hati gais.

TOLONG jangan sentiasa show off kebahagiaan anda di media sosial. Ini adalah contoh daripada orang yang ada penyakit 'ain'. Hanya dengan gambar sahaja. Gambar ini disihir dengan perkataan "Talak/Kebencian/Pisah". Yang lain-lain, tak tahu. Siapa yang tahu, boleh rungkaikan. 

Ini baru dalam bentuk gambar, ada yang dapat depan-depan secara live pun ada. Dikenali sebagai 'ain'. Ain ini ramai orang tak sedar, banyak manusia yang sakit tanpa sebab, harta yang rosak tiba-tiba, gara-gara Ain. Setiap pandangan manusia harus dihati-hatikan. That's why jangan terlalu menunjuk kecantikan. 

Ain adalah penyakit hasad dengki. Kadang-kadang kita sihat walafiat, tapi tiba-tiba jatuh sakit, keluar masuk klinik. Hasad dengki ini datang daripada orang-orang yang mencemburui kita dalam diam. Panahan mata hasad dengki ini boleh menjatuhkan hidup anda.


Jangan terlalu menunjuk kecantikan isteri, kesegakan suami, kecomelan anak, kecanggihan gajet, kemegahan kereta yang kita ada itu. Semuanya mengundang pandangan yang buruk. Kadang-kadang kita tak sedar kita pandang sesuatu dengan iri hati dan hasad dengki. 

Selalu nampak orang berniqab di mana-mana? Nak tahu salah satu sebab mereka pakai niqab adalah untuk mengelakkan ain. Orang yang memakai niqab ini tidak akan terkena sihir walaupun sihir menggunakan gambar dan sebagainya. Itu salah satu keistimewaannya. InsyaAllah. 

Pandangan kita boleh membinasakan sesuatu itu. Langkah berjaga-jaga, berkatalah "MasyaAllah" setiap kali kita memandang sesuatu yang menakjubkan. Semoga bermanfaat, selamat beramal. 



Sumber: @ESabriena


from The Reporter https://ift.tt/2EzBCme
via IFTTT