Suatu masa dulu, perkhidmatan dobi layan diri ini pernah menjadi bualan hangat di kalangan netizen berikutan ada pelanggan yang menyalahgunakan mesin basuh dobi untuk membasuh benda-benda yang tidak sepatutnya.
Koi Khairul dalam posting yang dimuat di Facebooknya pada Isnin lalu mendedahkan beliau terserempak dengan seorang wanita ini yang mengakui membasuh kain-kain yang mengandungi kotoran haiwan peliharaannya. Bagi mengetahui lebih mendalam, beliau juga bertanyakan beberapa soalan-soalan yang berkaitan.
SEDIKIT perkongsian dari aku berkaitan dengan dobi layan diri ini. Tengah rancak mendobi, aku connect WiFi yang disediakan, benda free. Nak tunggu baju siap dibasuh pun lama juga.
Tup-tup datang seorang akak ini membawa kain-kain ela yang banyaklah juga. Aku tengok dia basuh, pastu dia pun lepak macam aku. Aku pun tegurlah dia.
"Kak, banyak baju basuh. Buka homestay ke?"
Akak tu balas, "Eh taklah. Ini kain alas kucing-kucing akak. Kotor sangat dah dengan air kencing dan najis kucing."
Aku tengok mesin dobi itu, aku tengok muka akak itu, tengok balik mesin dobi. Seriously??
Aku pun buat-buat tanya lagi walaupun dalam hati ini rasa macam nak tokak saja kepala akak tu, geram wei!
"Memang selalu basuh kat sini ke? Ke kadang-kadang basuh di mesin basuh rumah kak?"
"Akak memang tak basuh kat rumah la dik. Ada anak kecik, baby. Tak mahulah campur mesin basuh," katanya.
"Oh, lagu tu noh.." balas aku.
Dah selesai mendobi, aku terus blah. Tiba-tiba aku jadi serba salah. Toto ini nask basuh balik ke tak? Sebab terbayangkan tahi kucing dengan air kencing kucing. Hahaha! Damn! Dah dua kali kerja nak buat.
Yang ada anak-anak kecil atau baby itu, tolonglah wei, basuhlah guna tangan. Seriously, kasihan kat kulit baby tu. Aku yang dewasa ini pun rasa mual-mual tengok kejadian depan mata.
p/s: Aku tak pastilah kalau mesin dobi itu ada sistem penghapus kuman selepas pelanggan selesai mendobi untuk kegunaan pelanggan yang seterusnya.
Sumber: Kio Khairul
Justeru, apakah tindakan pihak pengusaha dobi layan diri bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku?
from The Reporter https://ift.tt/2RszHSk
via IFTTT