Seorang doktor dipenggal kepalanya oleh teman lelaki selepas mangsa menolak lamarannya untuk berkahwin, lapor Daily Mail.
Shyngys Bekenov, 26, yang bekerja sebagai guru terdahulu melamar kekasihnya, Nazerke Bekzhanova, 21, yang baru tamat pengajian dari universiti perubatan di Kazakhstan.
Mangsa dipercayai terpaksa menolak lamaran Bekenov kerana ibu bapanya tidak berkenan dengan lelaki itu.
Berang lamarannya ditolak, Bekenov memenggal kepala mangsa dengan pisau di dalam kereta sebelum cuba membunuh diri dengan menikam perutnya beberapa kali selepas menulis nota bunuh diri yang meminta mayat mereka disemadikan bersama.
Mayat mangsa tanpa kepala ditemui dalam kereta berhampiran empangan di pinggir kampung Tasboget, berhampiran bandar Kyzylorda. Bagaimanapun, Bekenov yang masih bernyawa sempat diselamatkan dan dirawat di hospital serta keadaannya kini stabil.
Suspek akan didakwa sebaik saja pulih dari kecederaan dan bakal berdepan dengan dakwaan membunuh dengan hukuman penjara minimum 15 tahun.
Nota yang ditulis itu membuktikan bahawa suspek mengaku memenggal kepala mangsa.
Menurut jiran mangsa, "Ibu bapanya tidak merestui perhubungan mereka. Tetapi kenapa dia sanggup membunuh mangsa? Kami terkejut dan tidak menyangka kejadian seperti ini," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2q1Fene
via IFTTT