'Pergilah sayang, ibu dan ayah redha' - Bayi meninggal dunia gara-gara terhidu asap rokok


Berat hati kita membaca, berat lagi hati mereka yang menghadap dan menanggung dugaan ini. Sudah dinasihatkan berkali-kali, jangan sesekali menyentuh, mendekati atau mendukung bayi sekiranya anda merokok atau sakit kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi yang sistem keimunannya masih lemah. 

Anak yang baru dilahirkan ini, tidak berpeluang untuk meneruskan hidupnya kerana menghidap penyakit Pneumonia yang dipercayai diperolehi dari perokok yang menyentuhnya ketika majlis aqiqah dan cukur jambul. 

Semoga menjadi pengajaran buat semua, jangan diulangi kesilapan sebegini. Yang menderita adalah bayi dan ibu bapanya. Berhentilah merokok dari terus memudaratkan orang lain. 


ANAKKU, Muhammad Hafizh Syawal, pergi ke syurga.

Saya ingin bercerita sedikit tentang Hafizh dari saatnya dikandung hinggalah dilahirkan dan sampai dia menghadap syurga Allah SWT. 

Setelah melahirkan puteri pertamaku, Meydita Salshabilla dengan cara ceaser pada 23 Mei 2015, saya dipasangkan KB IUD oleh doktor. Oleh kerana saya lahirkan anak pertama secara ceaser, saya perlu menunggu 2-3 tahun untuk hamil lagi. 

Selama pemasangan IUD, kitaran haid saya lancar dan teratur bermula dari usia Meydita 1 tahun hingga lima tahun. 

Pada Oktober 2016, haid tidak datang seperti biasa. Akhirnya saya tidak mengendahkannya, lalu pada November 2016, saya mula merasa mual dan pening setiap pagi. Saya mula curiga dan bertanya kepada suami,

"Abang, sudah dua bulan saya tak datang haid?" 

"Jangan-jangan kamu hamil?" katanya sambil tersenyum-senyum. 

"Ihh, apalah abang ni. Meydita pun masih kecil, takkan nak hamil lagi? Masuk angin agaknya saya ni," balas saya. 

Akhirnya saya diurut oleh ibu saya pada petang itu, sampai meninggalkan kesan merah. 

Keesokan paginya, rasa mual dan pening kepala bertambah teruk. Saya mula curiga dak akhirnya saya meminta suami belikan pregnant test kit. 

"Esok pagi saya cuba check," kata saya pada suami. 

Keesokan paginya, saya terus ke bilik air untuk menguji air kencing dan hasilnya, dua gadis merah muncul di pregnant test kit itu. Saya terkejut dan terus mengejutkan suami yang sedang tidur. 

"Abang! Abang! Tengok ni, ada dua garis," kata saya sambil mengejutkan suami. 

"Hah?! Awak hamil?" soalnya terus bangkit dari tidur dan luah rasa gembira, malah merakam gambar test kit itu. 

"Macam mana boleh hamil lagi? Padahal sudah dipasang KB," soal saya yang masih dalam kebingungan. 

"Sudah tertulis rezeki dari Allah, takkan kita nak menolak?" balas suami. 

Ya, saya juga sebenarnya gembira kerana itu bererti Allah percaya pada saya dengan memberi saya dua anak sekali gus. 

Dan setelah saya buat kiraan, saya dijangka akan bersalin sebelum atau selepas Aidilfitri. 

"Ya, hari bersalin mungkin 16 Jun. Mungkin lebih awal dan sebaliknya. Kalau bersalin selepas raya macam mana?" soal saya pada suami. 

"Mudah-mudahan baby ini mengerti, lahir selepas habis raya saja ya?" kata suami sambil mencium perut saya yang sudah mulai buncit. 

Ketika kandungan berusia tujuh bulan, saya buat pemeriksaan di klinik dan disahkan saya sedang mengandung anak perempuan. Saya pun gembira sebab nanti Meydita ada temannya bermain kelak. 

Kandungan berusia 9 bulan, senang rasanya mengandung anak kedua ini. Berbeza dengan saat ketika saya mengandungkan Meydita, setiap masa rasa mual. Kalau yang ini, kaki saya tak bengkak, tak pernah mual atau muntah. Kerja saya tidur saja. Katanya, kalau begini keadaannya, anaknya lelaki ya," kata saya pada suami. 

Hari yang diputuskan telah tiba, tetapi masih belum ada tanda-tanda kelahiran. Akhirnya saya pun setujuh untuk dihantar ke hospital. Doktor kata, bayi dalam kandungan berjantina lelaki. Mungkin saat imbasan pertama dulu, kelaminnya tertutup, maka doktor itu kata bayi dikandung berjantina perempuan. 

Tak kisahlah sama ada lelaki atau perempuan, yang penting bayi sihat dan saya harus bersyukur. Doktor juga kata saya salah buat perhitungan hari kelahiran bayi yang sepatutnya pada 3 Julai 2016. Saya pun mula tenang, bererti anak dikandung ini masih di dalam perut selepas raya. 

Aidilfitri pun tiba, belum juga ada tanda-tanda mahu bersalin. 

"Anak kita ini pintar, mungkin dia faham dia perlu keluar selepas habis raya," kata suami. 

Saya sekadar membalasnya dengan senyuman. 

Waktu petang pada hari lebaran kedua, saya dan suami pergi ke taman untuk bawa Meydita bermain. Pulang saja dari taman, perut saya terasa sakit luar biasa, tapi saya anggap itu mungkin seketika. Namun di tengah perjalanan pulang, rasa sakit di perut sudah tidak dapat ditahan lagi dan kami pun terus pergi ke hospital. 

Sampai di hospital, doktor segera melakukan pembedahan kerana HB saya berada di paras rendah dan harus dimasukkan empat bungkus darah sekali gus. 

Jam 12 pagi, saya masuk ke dewan pembedahan. Rasa takut bercampur dengan gembira bermain di fikiran. Badan terasa menggigil, pembedahan kali ini rasa berbeza dengan pembedahan pertama untuk bersalin kali pertama dulu. Mungkin kerana jahitan bekas pembedahan pertama sudah terbuka, jadi ada kesannya pada tubuh badan saya yang menyebabkan saya menggigil. 

"Ah, tak ada apa-apa. Yang penting anak saya lahir dengan sihat dan selamat," getus hati saya. 

Jam 1.05 pagi 27 Jun 2017, suara tangisan bayi keluar dari perut.

"Anak lelaki puan, sihat!" kata doktor. 

Ya Allah, lega hati bayi lelaki saya lahir sihat dan selamat, dengan berat 3.3 kilogram dan panjang 47 cm. Wajah sucinya menatap wajah saya yang sudah mulai lesu. Rasa sakit yang saya alami semua sudah terbayar dengan kelahiran bayi lelaki saya ini. 

Jam 2 pagi, pembedahan selesai, saya terus di bawa ke wad dan bayi akan dihantar kepada saya pada keesokan harinya. Saya pun tidak sabar menunggu keesokan hari. 

Jam 6 pagi, bayi saya dihantar kepada saya. Dua hari saya dirawat di hospital dan petang 29 Jun, saya dibenarkan pulang ke rumah. Bahagianya saya, anak saya kini sudah sepasang. Yang pertama anak perempuan dan yang kedua anak lelaki. Tidak pernah sedikit pun saya terfikir akan kehilangan salah seorang daripada mereka. Sampai saatnya sang Ilahi menjemput anak saya ke syurga. 


Pagi itu, 17 Julai 2017. Kami sekeluarga mengadakan pesta cukur rambut dan aqiqah untuk Hfaizh. Kami tinggal di rumah mertua saya selama seminggu kerana majlis itu diadakan di rumah mertua. 

Akhirnya pada malam majlis itu, anak saya dibawa ke ruang tamu kerana ramai yang ingin melihat Hafizh. Saya ketika itu terlalu sibuk dengan tetamu, sampai saya tidak sedar kalau ada orang yang sedang merokok. 

Pada awalnya, Hafizh baik-baik saja, tiada sebarang masalah kesihatan. Dua hari selepas majlis itu, Hafizh mula batuk-batuk dan sukar bernafas. Saya maklumkan kepada suami, akhirnya anak diberi ubat batuk. Kerana Hafizh terlalu kecil, saya yang minum ubatnya. 

27 Julai 2017, batuk dan sesak nafas yang dialami Hafizh tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk sembuh. Akhirnya kamu bawa dia berjumpa dengan bidan tetapi ditolak dengan alasan Hafizh masih bayi dan takut nak beri ubat. Ada juga yang kata, Hafizh perlu dibawa ke rumah sakit kerana nafasnya sesak. Kami pun terus bawa Hafizh ke hospital pada malam itu.

8.30 malam, Hafizh yang berusia satu bulan dimasukkan ke wad pada malam itu juga. Ya Allah, berat rasanya melihat anak saya yang masih terlalu kecil dimasukkan ke ruang IGD dan disahkan mengalami Pneumonia. Kalau boleh, biasa saya saja yang terkena penyakit itu daripada melihat Hafizh yang terbaring lemah. 

Setiap masa saya hanya berharap doktor menyampaikan berita yang baik. Kami pun mengiakan apa saja yang disarankan oleh doktor, asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada Hafizh. 

Hasil keputusan pemeriksaa Hafizh telah keluar, tetapi doktor belum maklumkan kepada kami. 

28 Julai 2017, jam 5 pagi, Hafizh dibawa ke wad, doktor kata keadaan Hafihz mula bertambah baik. Lega rasanya mendengar berita itu. 

"Ibu, jangan susukan anak dulu sampai petang, kerana takut anak tersedak nanti. Nanti kita akan pasangkan tiub makanan melali hidungnya," kata doktor. 

"Astagfirullah, saya hanya seorang ibu. Mana sanggup melihat anak saya sendiri menangis kerana kehausan?" kata saya dalam hati. 



Saya hanya mengangguk tanda mengiyakan kata-kata doktor. Sedikit demi sedikit, air mata saya mula menitis mendengar suara tangisan anak saya sendiri kerana kehausan dan saya pula tidak dapat berikan susu. 

Ya Allah, tidak sanggup melihat semua ujian ini. Selama Hafizh terbaring di wad, sayalah yang selalu menemani dia. Hafizh menangis dengan suaranya yang serak, seperti dia sudah kehausan sangat. 

Sekali lagi saya menitiskan air mata, saya bisikan pada Hafizh dengan lembut, "Hafizh sayang, kuat ye sayang. Ibu ada di sini, kamu pasti cepat sembuh. Nanti kalau dah sembuh, kamu menyusu banyak-banyak biar cepat gendut," kata saya sambil menangis. 

Saya lihat, Hafizh merenung saya sedalam-dalamnya. Seperti petanda kalau dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Saya pun membalas senyuman itu. 


Jam 8 malam, keadaan Hafizh tidak stabil, nafasnya kencang. Doktor kata dia harus segera dibawa ke PICU. Saya menangis dan mula bertanya, "Ya Allah, kenapa Engkau lakukan ini? Kenapa Hafizh yang perlu menangggung dosa orang tuanya? Kenapa Ya Allah??"

Hafizh masuk ke PICU pada jam 8 malam, rasa tegang menghantui kami sekeluarga. 

Pagi 29 Julai 2017, saya dan suami dipanggil ke PICU. Doktor jelaskan hasil keputusan pemeriksaan. 

"Begini, baby Hafizh menghidap pneumonia yang sangat kritikal, ini hasil pemeriksaanya. Seharusnya paru-paru itu berwarna hitam, tetapi di sini paru-paru Hafizh hampir putih keseluruhannya. Hitam hanya sebahagian sahaja. Saya mohon tandatangan untuk persetujuan kalau nanti terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini," kata doktor. 

Dengan beratnya saya pun menandatangani surat persetujuan itu. Pandangan saya hilang seketika, semuanya menjadi gelap. Badan terasa lemah dan tak berdaya. Tidak dapat terucap dengan kata-kata dari mulut. Hanya tangisan dan tangisan membanjiri pipi. Suami juga menangis, kami hampir putus asa dengan semua dugaan ini. Semangat kami agar Hafizh sembuh, hanya doa dan tawakal dari kamilah harapan satu-satunya agar Hafizh cepat sembuh. 

"Ya Allah, berikanlah mukjizatMu. Berilah kesembuhan untuk anak saya, Ya Allah. Jangan hukum dia, dia masih terlalu kecil untuk menerima sakit ini Ya Allah," kata saya yang menangis teresak-esak. 

Jam 7 pagi 20 Julai 2017, saya dan suami dipanggil semula ke PICU. Astagfirullahal 'adzim, keadaan Hafizh semakin kritikal, doktor mengatakan denyutan nadinya juga menurun. 

"Ibu, keadaan Hafizh semakin menurun. Denyutan nadi normak 90-100, tetapi denyutan nadi Hafizh 70-60 tak naik-naik. Denyutan nadi 70 itu seperti leher kita dicekik-cekik. Bayangkan bagaimana kalau kita dicekik lagi? Sudah tentu susah mahu bernafas," kata doktor. 

Ya Allah, saya hanya menangis dan istigfar. Lailahailallahu. 

"Tetapi ada kemungkinan untuk sembuh kan doktor?" soal saya. 

"Kemungkinannya tipis. Ibu banyak-banyak berdoa untuk Hafizh," kata doktor. 

Saya dan suami sudah berputus asa, doa dan solat kami panjatkan untuk kesembuhan Hafizh. Hanya mukjizat dari Allah yang boleh menyembuhkan dia. 

Kami menunggu di luar, berharap ada perubahan pada kesihatan Hafizh. Sampai jam 10 pagi, kami dipanggil oleh dokto rlagi. Rasa takut, tegang dan bermacam-macam lagi bercampur dalam hati. 

"Ya Allah, semoga keadaan Hafizh baik-baik saja," saya mulai cemas. 

Doktor panggil kami ke ruang PICU, "encik dan puan di sini saja, boleh berbisik pada anak agar dia bersemangat," katanya. 


Ya Allah, tak sanggup melihat bayi kecil ini dipenuhi tiub, kesan suntikan di sana sini. Nafasnya sudah mula  sesak sampai doktor terpaksa membantu menekan dadanya menggunakan jari. Mata saya sudah mulai lemas dan membiru. Saya angkat kepalanya sambil bacakan doa-doa agar Hafizh diberi mukjizat oleh Allah. 

Usaha saya gagal, akhirnya saya menyerah dan pasrah.

"Sayang, kalau sayang nak pergi, ibu dan ayah dan juga semuanya sudah ikhlas. Tidurlah dengan tenang ya. Ibu sayang sangat sama baby Hafizh," kataku sambil menangis teresak-esak.

Saya cium keningnya dan tidak lama selepas itu, Hafizh pun pergi buat selama-lamanya. Innalilahi wa innalillahi roji'un. Semua menjadi gelap, duniaku telah pergi untuk selamanya. Hanya tangisan saya dan suami isteri memenuhi ruang itu. 

Kami segera menghubungi ahli keluarga. Jam 10.08 pagi 30 Julai 2017, Hafizh telah pergi meninggalkan kami. 

"Ya Allah, jika ini yang terbaik, lindungilah Hafizh. Berikanlah dia tempat yang indah di SyurgaMu. Berikanlah ketabahan dan kekuatan untuk kami yang ditinggalkan. Amin. 

 


Sumber: Fitria Indah Lestari


from The Reporter https://ift.tt/2CPRzCi
via IFTTT