Terkejut jumpa daging kisar dalam mi vegeterian, rupanya daging manusia!


Pelanggan di sebuah kedai makan vegetarian di Bangkok, Thailand terkejut apabila menemui daging kisar dalam hidangan (mi) mereka, lalu membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

Bertindak di atas laporan, datang membuat pemeriksaan dan menemui perkara yang lebih teruk dan mengejutkan. 

Daging kisar yang digunakan dalam hidangan itu rupa-rupanya adalah daging manusia, bukannya daging khinzir atau lembu. 

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mendapati dapur kedai itu penuh dengan percikan darah dan terdapat cebisan daging manusia di lantai, sebelum menemui mayat seorang lelaki tua berusia 61 tahun yang dibuang dalam tangki septik. 

Siasatan mendapati, mangsa, Prasit Inpathom, merupakan pelanggan tetap di kedai itu dan kali terakhir dilihat berada di kedai itu pada 21 Oktober. 






Menurut laporan media tempatan, Prasit mengalami kecederaan parah ketika bergaduh dengan pemilik kedai itu. Mangsa dipukul di bahagian kepala dengan objek tumpul dan terdapat beberapa kesan tikaman di badannya. 

Suspek cuba melupuskan mayat mangsa dengan memasak dagingnya dan dihidangkan kepada pelanggan. 

Polis kini sedang memburu suspek. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2RpxdUz
via IFTTT