Mayat bayi itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan dibungkus dengan kain kuning pada jam 11.45 malam.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, ada saksi ternampak seorang lelaki dan wanita bertengkar di kawasan itu sebelum dia mendekati mereka.
Bagaimanapun, pasangan itu bergegas melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi berwarna gelap.
Curiga melihat bungkusan besar dengan kain kuning, saksi kemudian membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati terdapat mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya di dalam.
"Polis mendapati bayi itu masih bertali pusat dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Bachok," katanya.
Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau menghubungi Inspektor Nor Afidah Mohd Ariffin di talian 09-7788222.
from The Reporter https://ift.tt/2yWkGjZ
via IFTTT