Tetapi, perkongsian dari wanita ini cukup bermakna dan boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada setiap pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Lima tahun bukan satu perjalanan yang singkat, tetapi berkat kesabaran dan usaha mereka suami isteri, akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata.
MASIH ingat lagi tak satu video viral dulu? Seorang isteri membuat kejutan pada suami tercinta dengan sebuah kotak berbentuk hati. Ingat? Dalam kereta. Kejutan tu membuat si suami berjujuran air mata. Ingat tak?
Syukur alhamdulillah hadiah kotak tu pun dah selamat berada di pangkuan suami isteri tersebut. Lima tahun. Ya lima tahun penantian yang agak lama buat suami isteri yang sememang-memangnya yang dinanti selepas diijab kabulkan. Jangan kata lima tahun, setahun pun dah kira lama sangat kan.
Kita sama-sama doakan ya semoga permaisuri hati Intan Nur Elliana Zakaria menjadi anak yang solehah dan sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Amin.
Di sini Intan ada memberitahu macam mana cara dia berusaha dan amalkan untuk dia dan suami boleh subur ya. Cubalah ya cara intan ni. Mudah-mudahan tahun depan boleh timang cahaya mata. InsyaAllah. Amin.
Pada tahun 2014, saya dan suami mengambil makanan dan sunnah seperti kurma, delima dan madu. Dan kami juga cuba mendapatkan bermacam-macam rawatan batin tetapi tidak menjadi.
Selang setahun kemudian, kami memeriksa kesuburan di hospital, seperti di hospital swasta (caj dlm rm800, haha mahal gila), check di hospital kerajaan rasanya berganda-ganda murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je dah dapat tau result. Keputusan dari pemeriksaan tu, husband ada sperm issue dan saya ada masalah PCOS (telur byk tapi semua kecil dan tak matang). Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori.
Tahun 2017 pula kami kurangkan berat badan dan jaga pemakanan. Saya amalkan diet atkins (buang karbo dan gula) selama tiga bulan, berat turun dari 95 kilogram ke 80 kilogram, lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat). Husband saya, dia sikit-sikit je diet, hehe. Berat dari 112 kilogram turun jadi 110 kilogram je. Bersenam sama-sama. Saya makan folic acids.
Selepas berjaya turunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam masa tiga bulan dan buat urutan di Melaka, alhamdulillah awal tahun bulan Januari 2018 saya disahkan pregnant. Bulan September, alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby girl yang diberi nama Delima.
Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga. Jangan mudah putus asa. Sokongan dan semangat pasangan masing-masing amat diperlukan ketika ini. Semoga usaha anda semua dipermudahkan. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin. Doakan kami sekeluarga sihat ya. InshaAllah.
Sumber: Intan Nur Elliana Zakaria, Nur Fitri Damia
from The Reporter https://ift.tt/2DRIsCu
via IFTTT