'Baby dah letih menangis, sakit di dalam' - Bayi meninggal dunia kerana tiada sentuhan fizikal dan komunikasi
Faktor kerjaya dan juga kekangan masa kadangkala menjadi asbab ibu bapa tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Lantas, anak-anak ditinggalkan di taksa atau pengasuh. Tanpa kita sedari, apabila anak-anak memberontak, mereka sebenarnya meluahkan emosi mereka dengan cara itu.
Satu perkongsian yang dari seorang wanita yang cukup membuat kita tergamam seketika mengenai kajian psikologi terhadap bayi. Bayi sebenarnya bukan sahaja memerlukan keperluan asas untuk tumbesarannya malahan mereka juga memerlukan kasih sayang, sentuhan dan belaian dari ibu bapa atau penjaga. Apa yang mengejutkan melalui perkongsian ini, bayi yang tidak diberikan sentuhan fizikal dan komunikasi, didapati meninggal dunia.
MASA aku belajar psikologi pendidikan dulu (2 sem je dengan Dr Anna Wong), ada satu assignment ini aku kena buat tentang teori pembelajaran. Buat assignment maka kena banyak membaca. Ada satu kes ini aku baca dan menghantui hidup aku beberapa ketika. Pada tahun 1940-an, ada satu eksperimen buat di US.
Kumpulan pertama baby di letak dalam satu kawasan penjagaan yang bersih, baby crib asing-asing, baby diberi cukup makan cukup susu, mandi, lampin kotor ditukar, sakit diberi ubat, pendek kata keperluan asas semua cukup TAPI tak ada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kata-kata sayang yang menenangkan, agah-agah bagai tu semua TAK ADA.
Siap urus baby, kiranya penjaga tinggallah, nangis-nangislah, tak ada nak dodoi ke, bobok ke tak ada, lantak kau situ, menangislah sampai hilang suara pun, tak ada yang datang angkat tenangkan, sampai macam tu haaa. Eksperimen kan.
Kumpulan kedua, kumpulan baby ini dapat semua keperluan asas tu dan dapat juga BELAIAN, PERHATIAN dan KASIH SAYANG.
Hasil eksperiman, di dalam tempoh beberapa bulan, baby kat kumpulan pertama SEPARUH meninggal (meninggal dunia tau). Baby kumpulan kedua sihat, ceria membesar dengan baik.
Eksperimen ni dihentikan serta merta sebab kesihatan baby dekat kumpulan pertama terus merosot dibimbangi semua baby akan meninggal, baby macam shut down sendiri, senang kata dia tak ada rangsangan, perhatian kasih sayang, dia dah letih nangis dan sakit kat "dalam".
Sebelum baby meninggal, pemerhatian yang dibuat, baby ini stop gapai-gapai tangan (alah macam baby minta dukung tu), stop cuba buat bunyi berinteraksi dengan penjaga dia, baby diam saja dan kemudian meninggal perlahan-lahan, faham sangat maksudnya baby dah rasa putus asa kan? Tak nak hidup dah kan? Kejam betul eksperimen ini.
Satu lagi eksperimen yang popular dan dianggap kejam tak berperikemanusiaan juga ialah eksperimen KING FREDERICK II. Dia nak uji bahasa apa yang akan baby ucapkan kalau tak ada komunikasi peringkat awal daripada penjaga/ibu bapa. Samalah macam eksperimen di atas itu, newborn baby diambil, diasing letak satu tempat, nurse boleh bagi baby makan (susu), bersihkan, mandikan, tapi tak boleh sentuh, dodoi dan belai (LANGSUNG TAK BOLEH). King Frederick II tak dapat pun jawapan atas persoalan dia tu, sebab SEMUA baby tu akhirnya mati (tak dicatat berapa ramai baby terlibat dan berapa kali cubaan untuk eksperimen ni).
Dua eksperimen ini aku ingat sangat. Masa aku cari taska untuk Sofea (8 tahun lepas), cara jagaan baby di taska itu trigger aku. Aku stay kat taska tengok diorang handle baby dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari lebih kurang. Baby ada 9 orang, diletak dalam satu bilik, yang jaga adik-adik muda lepasan SPM, owner tak ada pun kat sini, dia ada taska-taska lain. Adik dua orang itu tak diberi latihan dan tempoh penyesuaian pun ya.
Memang baby yang nangis dia biar saja sampai diam sendiri tersedu-sedu, sebab tak terlayan. Aku kasihan juga tengok adik dua orang itu, baby sana nangis baby sini nangis, kalau aku pun bingung.
Jadi diorang memang urus keperluan asas saja, susukan (diorang peganglah baby, kira okay ada ehsan), mandikan, bagi makan, tukar pampers, itu sajalah. Budak yang kuat menangis, nangis sajalah, terlangkup hisap jari sampai diam sendiri. Bilik itu kosong lapang, apa toys pun tak ada, apa warna pun tak ada, KOSONG rangsangan untuk baby. Aku berapa hari tak boleh tidur selepas itu tau tak, aku rasa kasihan sangat-sangat.
DUA penulisan aku cerita tentang baby saja hari ini. Kadang bila aku tengok perangai budak pelik-pelik di sekolah, aku selalu terfikir apalah yang dia lalui masa dia baby, macam mana orang layan dia masa kecil. Sebab aku tahu, semuanya ada sebab. Semua manusia dilahirkan baik dan sweet, yang mengubah dia persekitaran dan cara dia dibesarkan, kan?
Sumber: Adhwa Adnin
from The Reporter https://ift.tt/2ROwxZ7
via IFTTT