'Company tak kisah pun, dia kisah masa kita berguna saja'


"No matter how good you are, you can always be replaced" kata-kata yang selalu diungkap pada mereka yang sudah memasuki alam pekerjaan, namun dapatkah anda menilai tindakan majikan anda dengan kata-kata seperti itu? 

Bagi yang pernah terkena, pasti akan setuju dengan perkongsian Amirul Aslam di bawah ini. Kerjalah dengan kuat dan rajin, memang akan dipandang oleh pihak syarikat atau majikan. Sebaliknya pula berlaku apabila anda sudah menjadi liabiliti kepada syarikat, bermacam-macam cara yang mereka akan lakukan untuk 'mengusir' anda. 

MASA dinner tadi aku baru sembang dengan member aku dan kongsikan kenapa jangan kerja terlampau kuat untuk company kau. 

Tiba-tiba ternampak story kawan aku ini. So, aku rasa boleh kot aku kongsi juga dengan korang buah fikiran aku. 

Aku terfikir benda ni bila aku terlibat dalam kemalangan semasa menjadi penghantar pizza dulu. Selepas peristiwa itu, aku terfikir yang syarikat kita ini sebenarnya tak kisah pun tentang kita. 


Dia kisah masa kita berguna saja. Tetapi selepas kita dah tak boleh digunakan, dia buang saja. 

Colleagues aku pernah juga cerita masa dia kerja dengan sebuah bank ini dulu. Bagi kemudahan semua baik. Tup-tup member dia kena sakit jantung. Selepas rawatan selesai semua, member dia masuk balik kerja seperti biasa. 

Tetapi selepas itu dia dipindahkan ke cawangan yang agak jauh daripada rumah dia. Bayangkan dah berapa puluh tahun bekerja, umur dah nak masuk 50, dah settle down kat satu tempat, then kena pindah. Gila! Mana ada orang boleh tahan, sudahlah tengah sakit pula tu. 

So selepas sebulan, member dia pun hantar resignation letter. Well, itulah yang diharapkan oleh pihak bank sebenarnya. Kalau dia tamatkan perkhidmatan, dia kena bayar pampasanlah nak kena menjawab itu ini bagai. Bila staf hantar resignation letter, then itu atas kehendak sendiri. 

Sudahlah sakit, kena berhenti kerja. Masa kerja ada medical card daripada company, bila berhenti mana ada syarikat takaful yang nak terima lagi. Sudahlah sakit kot masa tu. 

Begitulah. Jadi kau kerja rajin, bagus! Kerja kuat pun bagus! Tapi ingat, jangan sampai abaikan keselamatan dan kesihatan kau. Sentiasa jaga diri dan sayangilah diri sendiri. 

Sumber: Amirul Aslam


from The Reporter https://ift.tt/2AusytP
via IFTTT