Penggunaan lampu HID semakin berleluasa digunakan sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna jalan raya lain kerana kecerahan lampu itu disifatkan menyilaukan pandangan mereka.
Perkara itu mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang baru-baru ini mengumumkan pengharaman penggunaan lampu HID.
Meskipun ada yang berpendapat bahawa lampu HID memberikan pandangan yang lebih baik dan jelas di jalan raya, tetapi ia juga boleh menyilaukan pengguna jalan raya lain dari arah bertentangan, yang juga berisiko tinggi menyebabkan kemalangan jalan raya.
Begitu juga jika kenderaan yang menggunakan lampu HID ini datang dari arah belakang membuatkan pemandu di hadapan silau dan tidak dapat memandang cermin pandang belakang.
Untuk itu, Menteri Pengangkutan kini mengharamkan penggunaan lampu HID pada semua jenis kenderaan tanpa sebarang pengecualian.
Menurut beliau, mana-mana pemilik kenderaan yang didapati bersalah dan melanggar undang-undang itu akan didenda RM2,000 atau penjara selama enam bulan.
Bagi pemilik kenderaan yang masih menggunakan lampu HID, anda dinasihatkan untuk menukarnya dalam kadar segera atau berdepan dengan tindakan undang-undang jika ditahan dalam sekatan jalan raya.
Sumber: Sinchew, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2S1UT1S
via IFTTT