Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, pekerja boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya gaji mereka tidak dibayar pada 7 haribulan.
Mahfuz berkata demikian ketika menggulas mengenai kes berhubung kakitangan sebuah syarikat jurutera yang mengadu tidak menerima pembayaran gaji mereka selama enam bulan.
"Saya telah meneliti sidang media yang dilakukan oleh pekerja Scomi Engineering Bhd pagi tadi dan saya sangat terkejut.
"Sesuatu yang mengejutkan apabila pihak majikan membayar gaji untuk satu tempoh yang agak lama dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerja di bawah Seksyen 19.
"Gaji juga seharusnya dibayar mengikut akta ini tidak lebih daripada 7 haribulan. Pekerja tak perlu tunggu sampai tempoh enam bulan untuk buat aduan," katanya.
Dalam kenyataan itu, Mahfuz menegaskan Kementerian Sumber Manusia tidak akan berkompromi dalam hal melibatkan penganiayaan terhadap pekerja, sekalipun ia membabitkan syarikat gergasi dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Sumber: Astro Awani, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2FEtz8A
via IFTTT