Lelaki rogol wanita selepas ugut dengan 3 ekor ular berbisa, mati dipatuk


Seorang lelaki ditemui mati di bilik sebuah hotel selepas mangsa membuat laporan polis dan mendakwa lelaki itu telah merogolnya, lapor Miaopai.

Dalam kejadian 22 November di bandar Jiangxi, Fuzhou, China, mangsa membuat laporan polis dan memaklumkan suspek membawa tiga ekor ular berbisa ke biliknya.

Mangsa mendakwa suspek mahu membuat hubungan seks dengan dia dan jika permintaannya ditolak, suspek akan membiarkan salah seekor ular itu mematuk mangsa. 

Oleh kerana tiada pilihan lain, mangsa terpaksa menuruti permintaan suspek. 

Selepas itu, suspek pergi ke bilik air dan bermain dengan haiwan reptilianya itu sebelum tiba-tiba menjerit meminta mangsa keluar dari bilik kerana dia telah dipatuk oleh salah seekor ularnya. 

Suspek bagaimanapun meminta mangsa tidak menghubungi polis atau paramedik. Mangsa segera keluar dari bilik hotel dan menaiki teksi terus ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian rogol itu. 

Apabila polis tiba di tempat kejadian mendapati suspek telah meninggal dunia akibat dipatuk ular dan tiga ekor ular itu masih berada di dalam bilk tersebut. 

Sementara itu, netizen di media sosial mengatakan suspek menerima balasan yang setimpal di atas perbuatan terkutuknya itu. Tidak kurang juga ada beberapa netizen yang menyalahkan mangsa mengikut lelaki itu ke bilik hotel. 


from The Reporter https://ift.tt/2P32DyF
via IFTTT