Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memuat naik komen balas terhadap netizen yang di Instagram miliknya yang dipercayai ditujukan kepada Dr Nur Amalina Che Bakri.
@putehsyawal "Ni kalau Dr Amalina tahu pasni haaa kuar la artikel dalam IG Stori dia habab."
@shahidadherbs "ya dia berjaya sebab dia bijak tapi tak bermakna sebab dia bijak dia boleh condemn orang. Setiap orang Allah bagi kelebihan berbeza-beza kan. Apa pun dengan herba-herba nenek moyang kita berapa ramai orang yang dah sembuh dengan asbab niat kerana Allah."
Komen itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kemudian 'menyampaikan' kepada Dr Amalina yang memberikan respon berikut:
"Salam puan, ada orang tagged saya di sini. Jadi, saya terpanggil untuk membuat kenyataan.
"Saya memberi nasihat perubatan kepada semua orang berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang doktor dan apa yang saya belajar. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk memberi maklumat sebenar.
"Saya tidak pernah pun menyebut produk puan atau suami puan. Ramai lagi doktor lain yang memberi nasihat yang sama cuma tidak menjadi viral di media sosial.
"Saya mengatakan fakta benar berdasarkan kajian yang dijalankan bertahun-tahun. Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah.
"Saya tak pernah pun condemn produk puan. Saya cuma mahu rakyat Malaysia berhati-hati dan mendapat nasihat doktor dulu sebelum membeli apa-apa produk. Sudah ada banyak produk di pasaran (walaupun dikatakan ada kelulusan KKM) yang telah merosakkan organ dalaman.
"@rafidah72, pakar sakit pinggang adalah antara specialist yang mengendali ramai pesakit sebegini. Kami mahu rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang sihat, itu sahaja permintaan kami kerana kami para doktor yang merawat pesakit-pesakit ini.
"Saya doakan yang baik-baik sahaja dan semoga dimurahkan rezeki. Selamat menjalani ibadah umrah. Terima kasih," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen menyokong kenyataan Dr Amalina dan dalam masa yang sama kesal dengan kenyataan pihak berkenaan yang seperti tidak boleh ditegur dan begitu juga dengan pengikut tegar mereka.
"Aku dah perhati lama dah. Keluarga itu tidak boleh ditegur, nanti melenting. Samalah dengan dia punya pengikut, semuanya nak betul," kata Aiman Izhari.
Sumber: OhBulan, mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/2QUmBxd
via IFTTT