Baru-baru ini media hiburan melaporkan Chacha Maembong bercinta dengan lelaki berbangsa Iban mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Ada yang mendoakan agar Chacha dapat membimbing pasangannya itu mendekati Islam, tidak kurang juga yang menyangka lelaki itu berbangsa Cina.
Namun, ada segelintir netizen yang memberikan komen-komen berunsur biadab dan menghina lelaki tersebut secara terbuka.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh @yunnwelson di Twitternya, tiga individu berkenaan secara terang-terangan memuat naik komen sedemikian:
Di zaman ini, sikap tiga individu berkenaan adalah tidak relevan dan tiada keperluan untuk memandang rendah pada orang lain hanya kerana diri mereka tinggal di bandar yang pesat membangun.
Tindakan mereka bukan sahaja biadab, malah memalukan agama dan bangsa.
"Saya harap sangat-sangat orang ini kahwin dengan orang Iban. Dah sampai Sarawak ke? Pandai-pandai cakap macam tu. Hahaha! Atas pokok katanya.
"Mungkin mereka tidak pernah bergaul atau berkawan dengan bangsa lain. Sebab itu cakap macam tu," tulis @yunnwelson.
from The Reporter https://ift.tt/2PZT9cT
via IFTTT