Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang didakwa membunuh isterinya dengan menggunakan bom ikan, lapor Tribun News.
Mohammad Ibnu, 40, ditahan di rumah saudaranya di Kampung Ngempit, Pekan Kraton, Pasuruan, Indonesia, semalam.
Ketua Polis Pasuruan, AKBP Rizal Martomo berkata, suspek didakwa dengan nekad melempar bom ikan ke arah isterinya kerana tidak mahu bercerai.
Difahamkan, pasangan itu sudah tidak tinggal bersama dan mangsa mahu mereka bercerai. Tetapi, lelak iitu tidak dapat menerimanya lalu nekad melempar bom ikan pada mangsa.
"Motif awal kejadian adalah suspek marah kerana mangsa mahu bercerai dengannya. Tidak dapat menerima hakikat itu, suspek melempar bom ikan ke wajah mangsa, yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis berkerja," katanya.
Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah kepala dan maut di tempat kejadian.
Suspek juga mengalami kecederaan di muka dan tangan akibat terkena serpihan bom ikan itu.
Mayat mangsa dibawa ke hospital, sementara itu suspek juga berada dalam keadaan kritikal dan diberikan rawatan sehingga pulih sebelum diambil keterangannya oleh pihak polis.
from The Reporter https://ift.tt/2KMxEGE
via IFTTT