Awas pencinta kucing, anda berisiko dijangkiti penyakit mata akibat cakaran kucing


Bagi pencinta kucing, cakaran atau gigitan dari haiwan comel ini adalah perkara biasa. Tetapi menurut Pegawai Optometri ini, kecederaan akibat digigit atau dicakar kucing tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kucing terbiar yang terdedah kepada pelbagai penyakit. 

Berdasarkan penjelasan beliau, seseorang itu boleh dijangkiti penyakit Cat-scratch neuroretinis Ocular Bartonellosis yang berupaya menjejaskan penglihatan sehingga meninggalkan kesan parut kekal dalam retina. 

ADA penggemar kucing di sini dan berapa kerapa anda dicakar kucing? Dah periksa keadaan mata ke belum? Saya akan kongsikan sejenis penyakit mata akibat cakaran kucing. Nama penyakit ini, Cat-scratch neuroretinis Ocular Bartonellosis. 

Gambar kanan adalah retina yang mengalami infeksi (neuroretinis). Gambar kiri pula adalah keadaan retina mata yang normal. 


Pesakit akan mengadu penglihatannya kabur yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata di mana ada asalnya pesakit tidak rabun langsung. 

Penyebabnya ialah jangkitan dari bakteria 'Bartonella Henselae' yang dipindahkan dari cakaran, gigitan mahupun dari air liur kucing yang dijangkiti. 

Keadaan yang kronik dan lambat dikesan mengakibatkan kehilangan penglihatan di mana diska optik akan mengalami edema kronik dan boleh merebak ke kawasan makula di mana kawasan penglihatan terang akan terjejas. 

Rawatan antibiotik akan diberikan segera untuk menghentikan jangkitan. Jika dapat dikesan lebih awal, penglihatan pesakit boleh diselamatkan. Tetapi jika terlambat, jangkitan yang merebak akan meninggalkan parut kekal pada retina. 

Ada optometris akan lakukan jika seseorang pesakit mengalmi tanda-tanda cat-scratch disease ini? Saringan awal akuiti visual menunjukkan penurunan penglihatan, ujian warna gagal dan pemeriksaan refleks mata adalah RAPD Positive menunjuk ada gangguan berlaku di retina/saraf. 

Pemeriksaan Fundus Photo serta ujian saringan makula dapat mengesan perubahan yang berlaku di belakang mata dan berapa peratus kawasan penglihatan yang terjejas. 

Setelah itu, rujukan segera dilakukan ke Oftalmologis memandangkan rawatan antibiotik dan ujian fluorescein angiography hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai oftalmologis. 

Prognosis / jangkaan pulih antibiotik bergantung pada tahap severe. Kerana antibiotik hanya bertindak menghadkan tindakbalas bakteria sahaja atau merencatkan disebabkan 'self limiting'. 

Untuk ibu bapa, perhatikan jika anak-anak terkena cakaran kucing terutamanya kucing terbiar dan terdedah dengan pelbagai penyakit. 

Kepada ibu mengandung, sila jauhi kucing / najis kucing kerana anda terdedah dengan jangkitan parasit kucing toxoplasma gondii yang boleh menjangkiti pada mata bayi dan memberi kesan parut yang merebak pada retina dan risiko hilang penglihatan. 



SOALAN: "Kalau kucing yang cakar atau gigit itu telah divaksin dan merupakan kucing indoor, boleh terkena penyakit ini juga?" 

JAWAPAN: "Kalau sihat dan dah suntik, jarang berlaku tetapi masih perlu berhati-hati." 

Sumber: Amira Nadia Raup (Optometrist)


from The Reporter https://ift.tt/2QDF5WN
via IFTTT