Hampir setahun mangsa simpan rahsia dirogol kenalannya dalam kereta


Bimbang gambar separuh bogelnya tersebar, mangsa rogol berusia 14 tahun terpaksa menutup mulut hampir setahun sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis pada Selasa lalu di Balai Polis Chukai kerana sudah tidak sanggup lagi diugut oleh suspek yang dikenalinya setiap masa. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada Disember 2017 di mana suspek berusia 22 tahun menghubungi remaja itu untuk bertanya sama ada dia mahu ke kedai ibunya di Mak Chili. 

Mangsa kemudian memaklumkan dia mahu pergi ke kedai ibunya dan suspek datang ke rumahnya untuk menjemput mangsa tidak lama kemudian. 

"Ketika dalam perjalanan, suspek ada meminta untuk memegang buah dada mangsa tetapi pelajar terbabit tidak membenarkan. 

"Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan Kampung Mak Chili, suspek memberhentikan kereta Perodua Myvi dan meminta melakukan hubungan seks. Namun mangsa enggan menyebabkan suspek keluar daripada kereta. 

"Suspek kemudian pergi ke tempat duduk penumpang dan bertindak merogol mangsa, selain turut mengambil beberapa gambar mangsa yang berada dalam keadaan separuh bogel," katanya. 

Menurut mangsa, dia telah diugut untuk tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa atau gambar-gambar bogelnya akan disebarkan. 

Selesai melakukan perbuatan keji itu, suspek kembali menyambung perjalanan menghantar mangsa ke kedai ibunya. 

Bertindak di atas laporan mangsa, polis telah berjaya menahan suspek pada jam 11.50 malam pada hari yang sama dan kini direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2BJs9UT
via IFTTT