'Minta tolong tukar cadar terkena najis, bukan suruh cuci najis pun' - Linda Rafar


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Linda Rafar atau nama sebenar Azlina Rafar memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan seorang jururawat yang didakwa bersikap kurang ajar apabila dia meminta bantuan. 

Difahamkan, Rasimah Abd Rahman, 73, ibu kepada Linda telah dimasukkan ke sebuah hospital di Shah Alam kerana jangkitan kuman merebak di dalam darah selain perlu menjalani pembedahan memotong tangan yang terkena jangkitan. 

"Bukan mak dia yang sakit, jadi nurse seorang ni tak rasa apa yang kita rasa!!! Kita cakap baik-baik, dia boleh kurang ajar. Awak tu Islam dan bertudung. Kenapa yang lain boleh hormat, awak tak boleh nak hormat ye?? 


"Saya masih simpan gambar dan video awak. Jika awak masih biasa, saya viralkan. Jika tak nak kerja, jangan jadi nurse. 

"Saya hanya merayu tukar cadar yang kena najis daripada pukul tiga pagi tadi. Sampai waktu melawat jam 1 petang ni still tak dilayan. Saya dah letak maid cuci najis mak saya. Ni hanya tukar cadar sahaja ye!! Tukar cadar. Allahuakabar. 

"Jika saya jahat, saya dah viral muka awak!!! Memang tak ada hati dan perasaan!!!" luahnya. 



Perkara itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menasihatkannya agar bersabar, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dan tidak kurang juga ada individu yang menggunakan akaun palsu untuk mengugut dan mengancam Linda. 

Hari ini, Linda mengambil keputusan untuk membuat aduan dan berjumpa dengan Pengarah, Timbalan Pengarah hospital serta Ketua Jururawat wad berkenaan. 

"Alhamdulillah. Mereka memandang serius aduan ini dan akan menyiasat. Saya juga menyerahkan bukti berbentuk gambar dan video membabitkan jururawat terbabit kepada mereka untuk tindakan lanjut. 

"Selepas pertemuan itu, mereka terus buat lawatan ke wad. Alhamdulillah, hari ini pesakit di wad itu mendapat layanan istimewa daripada jururawat bertugas. Masing-masing laju buat kerja," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 


Mengulas mengenai tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mengugut mahu meracuni ibunya jika dia tidak berhenti viralkan isu tersebut, Linda sudah membuat laporan polis di Bukit Aman.

"Saya buat laporan polis atas nasihat polis. Mereka juga akan buat siasatan berkenaan perkara ini. 

"Paling penting sekarang, saya mahu jururawat berkenaan minta maaf secara terbuka di laman sosial masing-masing atau berjumpa saya dengan mengakui kesilapan mereka," katanya. 



from The Reporter http://bit.ly/2s0PPiZ
via IFTTT