Kerap kali kita mendengar atau membaca rungutan di media sosial bila mana bagasi penumpang penerbangan rosak sebaik saja tiba di destinasi.
Apabila penumpang membuat aduan, amat jarang untuk dibayar ganti rugi dan kebanyakannya hanya dibiarkan begitu saja dan masalah ini membuatkan penumpang bengang dan kecewa. Sudahlah beg rosak, tiada pampasan, terpaksa pula keluarkan kos untuk membeli beg baru. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Tetapi menurut wanita ini, masalah itu boleh diselesaikan jika mereka yang bakal menggunakan pengangkutan udara ini terlebih dahulu membeli insurans travel, Etika 360.
SALAM. Saya nak review tentang travel insurans sikit, boleh ye. Niat ambil Etika 360 ini kalau terjadi apa-apa semasa travel. Yelah, kali ini saya travel dengan baby berdua.
Perjalanan smooth, tak ada masalah tetapi elok dah sampai Penang, luggage boleh pula pecah. Try buat claim, Alhamdulillah lepas. Dapatlah RM700.
Saya proceed claim hanya melalui WhatsApp. Nombor boleh ambil di web Etika 360. Dokumen yang diperlukan:
- Gambar luggage rosak
- Report yang dibuat di airport (saya naik AirAsia, so buat di kaunter lost and found Penang)
- Gambar boarding pass
- ITI Flight
Keesokan harinya, customer service call minta nombor akaun bank. Lusa, duit dah masuk.
Menurut Ena, bayaran tuntutan itu dibuat berdasarkan jenis insurans yang dilanggan sama ada Gold atau Platinum. Tuntutan dibayar dengan jumlah maksimum tanpa mengikut harga bagasi.
Bagaimana? Bagus kan? Semoga bermanfaat.
from The Reporter http://bit.ly/2PSiG2A
via IFTTT