Tahukah anda? Bila pelanggan minta aiskrim Choco Top, ia adalah mimpi ngeri buat staf McD yang kurang mahir
Pernah makan aiskrim Choco Top McDonald's? Mesti ramai yang dah pernah menikmati aiskrim vanilla yang disaluti coklat itu. Tetapi tahukah anda bahawa untuk membuatnya memerlukan skill yang tepat dan cepat?
Mungkin bagi sesetengah netizen, kisah pendek ini sekadar kisah yang biasa yang menghiburkan hati. Tetapi di sebaliknya ada mesej yang tersirat dan aura positif sebagai pekerja mahupun pelanggan. Semoga bermanfaat.
TADI petang aku saja nak beli choco top tu. Sekali budak yang ambil order tu dari senyum terus jadi muka berdebar. Siap suggest aiskrim lain lagi.
Manalah aku tahu dia tak expert. So aku cakap nak choco top juga sebab dah lama tak rasa. So, dia dengan muka pasrah buat juga.
Sekali masa dia nak celup dengan coklat, semua aiskrim vanila tu buat terjunan masuk ke dalam tempat celupan itu. So, cubaan pertama gagal.
Cubaan kedua, steady je. Gagal lagi.
Sebelum cubaan kali ketiga, dia kata, "Bnag, boleh order aiskrim lain tak? Saya tak tahu sangat nak buat yang ni.." sambil buat muka kesian. Masa itu aku senyum je la.
Sebab kesian, aku nak order yang biasa je. Tapi tiba-tiba dia tarik nafas panjang-panjang dan cakap dekat aku.
"Bagi saya cuba sekali lagi bang," katanya.
Terus dia ambil kon aiskrim, letak aiskrim vanilla. Sebelum celup, dia senyum dulu sambil tarik nafas panjang lagi. Tanpa teragak, tangan dia bergerak pantas dan cermat.
Aku dah mula cemas, peluh jantan mula membasahi dahi sebab berdebar. Aku dengar suara jeritan yang agak kuat. Suara yang penuh dengan kegembiraan. Banyak mata yang memerhati, termasuk aku.
"Bang!!! Saya dah berjaya!!!"
Ya, dia berjaya pada cubaan yang ketiga. Kahkahkah!
So, moral kat sini, jangan cepat mengalah. Berusaha dan terus berusaha supaya kita boleh menjerit dengan bangga suatu hari nanti.
"Aku berjaya!!!!"
Sekian.
Sumber: Backstage
from The Reporter http://bit.ly/2QQCbxQ
via IFTTT