(Video) 'Sabarlah babi' - Saksi dakwa pelayan kedai biadab, punca pemandu bas dibelasah 5 samseng di R&R Gambang


Viral video di media sosial menunjukkan seorang pemandu bas ekpres dibelasah sekumpulan lelaki di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah timur di Kuantan, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu dikatakan berpunca dari salah faham di antara pemandu bas berkenaan dengan seorang pelayan kedai makan di R&R. 

Difahamkan, lima lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang didakwa mengasari pelayan terbabit yang kemudian memaklumkan kepada abangnya. 

Namun, ada juga dakwaan yang mengatakan pemandu bas berkenaan tidak menyentuh mahupun mengasari pelayan terbabit seperti yang didakwa. 

Mangsa yang memakai pakaian serba hitam ditumbuk dan ditendang sekumpulan lelaki terbabit sambil disaksikan dan dirakam oleh orang awam. Juga kedengaran suara wanita yang meminta sekumpulan lelaki itu membelasah mangsa dan viralkan video rakaman di Facebook. 

Kejadian itu kemudian dileraikan oleh orang awam. Namun lima lelaki terbabit masih enggan berhenti dan tetap terus membelasah mangsa. 

Bagaimanapun, tampil seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada waktu itu. 

"Aku ada masa tu. Ceritanya budak kedai R&R Gambang No. 6 itu biadab dengan brader ini (pemandu bas). 

"Brader ini order makanan, kemudian budak kerja kedai itu sound "Sabarlah babi". Lepas tu brader ini hangin la. Dia cakap balik, "Jangan kurang ajar, aku lempang kang".

"Selepas brader ini selesai minum dalam masa kira-kira 10 minit, brader ini pun pergi ke bas dan tiba-tiba ramai orang datang tak tahu dari mana. 

"Brader ini tak lempang tak usik langsung pun budak kedai itu. Aku ada di situ. So, kalau aku kena pun, memang aku panaslah tiba-tiba kena sound 'babi' apa hal kan? 

"Kepada brader ini, kalau kes ini jadi panjang, aku sanggup jadi saksi. Boleh PM aku," katanya. 

Sementara itu, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulah ANIH Berhad mengatakan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

"Kami juga menyiasat video insiden antara kakitangan gerai R&R terbabit dengan seorang pemandu bas ekspres dengan lebih terperinci. 

"Sekiranya didapati bersalah, kakitangan gerai berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya mengikut prosedur tetap operasi syarikat. 

"Segala tindakan yang diambil oleh kakitangan terbabit adalah tingkah laku peribadinya dan tidak menggambarkan atau melambangkan prinsip syarikat. 

"ANIH Berhad memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna dan ketenteraman awam adalah keutamaan kami," katanya.




from The Reporter http://bit.ly/2ShjOPi
via IFTTT