Pengunjung pusat beli-belah Sunway Pyramid hari ini digemparkan dengan kejadian seorang wanita terjun bunuh diri di dalam bangunan berkenaan.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi tadi, mangsa berusia 30-an itu dilaporkan terjun dari tingkat satu dan terjatuh berhampiran eskalator di tingkat bawah (LG2).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sunway Pyramid, mangsa sebelum itu memanjat pagi sebelum terjun dari tingkat satu.
Mangsa yang mengalami kecederaan serius terus dihantar ke Pusat Perubatan Sunway, namun disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di hospital berkenaan.
Menurut seorang saksi kejadian berkata, sebelum itu dia berada di dalam tandas berhampiran lokasi kejadian dan sebaik saja keluar, dia ternampak ramai orang berkumpul di eskalator tersebut.
"Saya nampak seorang wanita terbaring berhampiran eskalator itu dengan berlumuran darah. Malah ada seorang wanita dipercayai rakannya dilihat meraung di sisi mangsa," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2Q6Chwe
via IFTTT