'Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin habiskan sisa hidupnya menceriakan kanak-kanak'


"Nobita, apa yang kau dah buat kat Doraemon?" demikian kapsyen pada gambar viral di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan individu yang memakai kostum watak animasi popular, duduk bersendirian di tepi pantai. 

Bagi segelintir netizen, ia nampak lucu. Tetapi di sebaliknya, tiada siapa yang tahu beban yang ditanggung oleh individu berkenaan. 

Menurut sumber, gambar itu dirakam di Teluk Cempedak, Kuantan, yang selalu hadir di kawasan itu untuk menghiburkan para pengunjung. 

"Aku kenal orang di sebalik kostum Doraemon ini. Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidup dia menceriakan kanak-kanak. 

"Sesiapa yang bergambar dengan dia itu, berilah RM1 atau mengikut seikhlas hati korang nak beri berapa pun. 


"Kalau korang tengok muka dia, pasti korang akan teringat pada ibu korang. Kesian sangat dia," kata Teru Teru Bozu yang mendakwa mengenali individu berkenaan. 

"Ni haa, seorang makcik mencari rezeki. Mulanya aku sandar kepala aku di bahu dia. Selepas itu aku dengar suara dia buat bunyi kucing. Suara itu adalah seorang makcik. 

"Sumber pendapatan, hati kena tabah," kata Firdaus Exyai. 


Gambar yang terdahulu menjadi bahan usikan netizen di media sosial kini bertukar menjadi sayu selepas netizen mengetahui cerita di sebalik kostum Doraemon itu. 

"Demi sesuap nasi. Bukan senang kerja ni. Panas dalam kostum ini. 15 minit saja dah basah baju kena peluh. Bayangkanlah kalau seharian," kata Biniku Misi. 

"Nanti saya jumpa makcik ya. Makcik tunggu. Dulu pernah pergi tengok Doraemon ini duduk dan minum air ikat tepi. Mula-mula rasa kelakar tengok Doraemon ini. Tapi bila dikatakan makcik tua yang pakcik kostum, rasa sedih pula," kata Aazyf Roshan. 


Ramai netizen mendoakan agar makcik ini dimurahkan rezeki dan mengingatkan orang ramai tidak lagi menjadikan Doraemon ini sebagai bahan gelak ketawa di media sosial. 



from The Reporter http://bit.ly/2RWB9kt
via IFTTT