Selepas video pelakon Fathia Latiff tidak bertudung tersebar, gambar pelakon Emma Maembong bersama seorang lelaki yang didakwa abang kepada Menteri Belia dan Sukan.
Menurut laporan mStar Online, cubaan mereka meminta penjelasan dari Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, bagaimanapun tidak berhasil apabila pelakon itu enggan menjawab panggilan dan mesej dari pihaknya.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan Emma sedang menikmati makan malam bersama lelaki berusia 30 tahun itu. Gambar yang lain pula menunjukkan Emma yang tidak bertudung duduk di celah kangkang lelaki itu.
Gambar-gambar itu dipercayai dirakam seminggu lalu ketika pasangan berkenaan bercuti ke luar negara.
Di Instagram pelakon itu, netizen bertanya apakah Emma membuka tudungnya apabila berada di luar negara.
"Tak la. Just ni Emma terbuat silap. Biasa tak pon. Maafkan saya ya," jawab Emma.
Emma juga turut mengaku bahawa gambar itu adalah gambar baru.
"Saya salah, memang salah saya. Tapi jangan salahkan artis lain. Diorang semua manusia. Saya minta maaf ya," jawabnya apabila ada netizen yang mempertikaikan artis bertudung mengundang fitnah dan memalukan kaum hawa yang bertudung.
Meskipun begitu, Emma menafikan gambar dirinya duduk di celah kangkang lelaki berkenaan.
"Yang itu bukan Emma," katanya.
Sumber: mStar Online, IG Emma Maembong
from The Reporter http://bit.ly/2DEiUYk
via IFTTT