Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani hari ini memohon maaf atas permasalahan sistem perbankan BSN yang tergendala sehingga menimbulkan masalah kepada pelanggannya.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami dan perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya.
Difahamkan, permasalahan itu membabitkan perkhidmatan di kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) tergendala dan sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan pada masa ini.
Walaupun begitu, BSN sedang berusaha membaik pulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan seperti biasa.
"Kami masih dalam proses untuk membaik pulih gangguan teknikal ini dan pihak pengurusan BSN sedang memantau perkara ini.
"Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran anda semua," kata kenyataan BSN di Facebooknya.
Sumber: BSN, Harian Metro
from The Reporter http://bit.ly/2HlcO31
via IFTTT