Seorang pemandu 'angkot' di Indonesia ditemui mati dalam keadaan darah keluar dari hidungnya dalam kejadian pada Sabtu 19 Januari 2019 di Kampung Kolek, Kabupaten Tangerang.
Mangsa, Adie Syarifudin, 53, dipercayai meninggal dunia kerana terlalu banyak makan buah durian.
Berdasarkan keterangan keluarga mangsa, Adie menghidap penyakit darah tinggi.
Ketua Polis Tangerang Selatan, Alexander Yurikho berkata, sehari sebelum kejadian, Adie makan buah durian dalam jumlah yang banyak.
"Mangsa yang menghidap penyakit darah tinggi dipercayai meninggal dunia kerana makan buah durian yang banyak, yang mengakibatkan pembuluh darahnya pecah dan darah keluar melalui hidung," katanya.
Mayat mangsa ditemui oleh rakannya yang curiga selepas mendapati Adie tidak menjalankan tugasnya sebagai pemandu angkot sejak dari pagi.
Saksi, Dedi, kemudian menghampiri angkot mangsa dan menemuinya dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
"Kira-kira jam 12 tengah hari, saksi ternampak mangsa sudah terlentang dan darah keluar dari hidung," kata Alexander.
Sementara itu, keluarga mangsa reda dengan kejadian yang menimpa Adie.
"Keluarga mangsa berkata, mangsa meninggal kerana sakit dan tidak membenarkan mayatnya di bedah siasat dan akan terus dikebumikan," katanya.
Sumber: Tribun Jakarta
from The Reporter http://bit.ly/2T2CL8O
via IFTTT