(Video) 'Budak tanya soalan betul, dia gigih bagi jawapan sesat' - Netizen


"Budak tanya soalan betul, dia tak tahu apa-apa terus gigih bagi jawapan sesat. Ini yang MRSM nak?" demikian reaksi netizen, @myjoe_ berhubung dengan video seorang lelaki yang memberi penjelasan mengenai iluminati. 

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Aimaan Banna yang menjawab persoalan mengenai mengapa iluminati ada satu mata, katanya ada seorang lelaki bernama Ilum bertemu dengan seorang perempuan cantik bernama Nati.

Menurutnya, Nati buta pengelihatan dan kerana kasihan melihat keadaannya itu, Ilum memberi sebelah matanya kepada Nati. 


Perkongsian kisah olahannya sendiri itu membuatkan netizen berasa kesal kerana ia langsung tidak menjawab persoalan yang diberikan. 

Menyedari klip video itu tular di media sosial dan dikritik ramai, Aimaan Banna tampil menasihatkan netizen tidak mengambil satu video di luar konteks dan menimbulkan spekulasi buruk. 

"Jangan ambil satu video di luar contect dan keluarkan spekulasi buruk. 

"Jemput datang ke majlis ceramah saya dan dengar tiga jam ceramah saya secara penuh. Bukan klip video dua minit. 

"kalau tak mampu datang, tengok live ceramah saya esok di live Instagram saya," responya terhadap @myjoe_



@myjoe_ bagaimanapun menjawab, dia sudah pernah mendengar ceramah lelaki itu dua hingga tiga kali lebih dari tiga jam. 

"Dah tengok 2-3 kali full ceramah dia lebih dari tiga jam sebab nak tahu apa yang dia ceramahkan. Totally nothing, just cakap-cakap motivasi selit-selit terms arab. Lepas tu jawab soalan. Ilmu cetek tapi ada hati nak jawab soalan agama.

"QnA UAI antara yang bagus. Dia akan buat lawak, tapi selepas itu dia bagi jawapan yang betul. Siap dengan kitab mana dia rujuk, pengarang dan page berapa lagi. Beza, jauh beza," katanya. 



Sementara itu, netizen lain juga sependapat dengannya @myjoe_ 









from The Reporter http://bit.ly/2CRaI5x
via IFTTT