Video berdurasi lapan saat yang dimuat naik 22 November lalu menunjukkan si ibu yang hanya memakai baju dalam merakam video dirinya menjerut leher mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan satu tahun sambil berkata sesuatu.
Difahamkan, video itu dimuat naik oleh suaminya dengan kapsyen berikut:
"Lama dah bersabar. Macam-macam aku di post. Biar masyarakat tahu, siapa Atul (bekas isteri) yang sebenarnya. Kali ini saya akan ceraikan dia," tulis suaminya.
Namun menurut sumber, pasangan ini telah bercerai dan bekas suami mendakwa wanita itu bukan sahaja membebankannya tetapi juga berlaku curang terhadapnya.
Sementara itu, netizen yang bimbang dengan keselamatan bayi lelaki itu, mendesak pihak polis menyiasat kejadian tersebut.
"Jangan jadikan anak sebagai mangsa, dia tak tahu tapa-apa. Serahkan saja kepada orang lain buat sementara bila emosi tak stabil. Jangan buat anak seperti itu, kasihan," kata netizen.
from The Reporter http://bit.ly/2RjmYB1
via IFTTT