Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
KALAU aku cerita pengalaman aku ni, confirm korang minta surat berhenti uni.
Okey. Benda ini terjadi semasa aku nak pergi kelas ganti subjek ELC. Kitorang buat kelas tu dekat bangunan EM ni haa. Singkatan EM itu maknanya Estate Management.
Dalam perjalanan nak ke kelas dengan geng-geng classmate aku, kitorang memang kalau nak ke kelas, kitorang akan gerak sekali. Actually ktiorang sebelum ini dah pernah diberitahu bahawa bangunan EM ini memang keras sikit tempatnya. Dah bersepah cerita yang aku dengar mengenai bangunan ini.
Jadi, kitorang pun tak adalah nak acah gentle sangat pergi kelas seorang-seorang ke apa kan. Lagipun kalau waktu malam, memang bangunan itu gelap macam blackout satu kawasan UiTM.
By the way, kelas ganti kitorang kebetulan masa itu buat waktu malam jam 8 selepas waktu maghrib.
Masa on the way ke kelas, tiba di depan bangunan EM itu macam biasalah aku yang kena jadi kepala jalan paling depan sebab orang kata aku ni gagah kononnya. Tapi aku takut gelap sebenarnya weh!
Kelas kitorang masa tu buat di tingkat satu. Jadi naiklah tangga paling dekat dengan kami waktu sampai di bangunan itu. Dah naik tu, benda pertama berlaku, bulu roma meremang sebab koridor tingkat satu itu gelap gila. Memang staf tak reti ke nak repair lampu koridor tu?
Selepas itu, masing-masing pun keluarkanlah phone nak suluh flash sebab tak nampak. Masa ini kitorang nampak banyak gila sampah-sampah terkeluar dari tong sampah yang tunggang langgang. Sepanjang koridor itu, semua tong sampah dah terbalik terjatuh gitu.
Masa ini tak payah cakaplah, benda first aku cakap, "Apa benda sial?" gitu. Tapi kitorang tak adalah cuak. Cuma semua masing-masing bisinglah sebab sampah merata kan. Kitorang lelaki ni mencarut saja tau. Masa tu tak fikir pun ada benda-benda lain ke apa. Hahaha!
Kami semua masuk ke kelas macam biasa. Tunggu lecturer masuk je tapi masa itu dah jam 8.15 malam. Masing-masing buat hal sendiri, main phone, borak, dengar lagu. Tunggu punya tunggu, sampailah lecturer kitorang masuk. Dia edar kertas soalan sebab malam itu kitorang ada test.
Kitorang diberi masa untuk jawab test itu dalam tempoh sejam saja. Selepas dah habis jawab, boleh hantar kat lecturer. Tapi dah habis pun tak boleh balik lagi sebab dia ada nak cakap sikit. Buat punya buat, sikit-sikitlah kitorang ni pergi hantar kertas kat lecturer.
So masa aku dah siap, dah hantar apa semua. Geng-geng aku pun dah hantar. Tinggal tunggu yang lain saja, yang masih tak siap-siap lagi. Masa ini kitorang tak tahu nak buat apa, kitorang melepak berborak saja dalam kelas.
Lecturer kitorang ni ada bawa dua bungkus char kway tiaw. Dia tanya siapa yang nak, kami yang laki-laki ni laju je ambil. Masa itu kitorang minta kebenaran lecturer makan di situ sebab belum makan malam lagi. Lagipun dah jam 9.30 masa tu.
Selesai makan, keluar pergi cuci tangan di tandas (dah nak masuk klimaks). Tandas di koridor ada dua saja. Satu di tengah dan satu lagi di hujung. Yang di tengah itu dah berkunci, memang tak boleh digunakan.
Terpaksalah kitorang guna tandas yang hujung sekali. Tandas itu elok saja lampu hidup. Tapi bila masuk, airnya tak ada. Sakit hati sia. Dahlah tangan aku kena tonyoh sambal char kway tiaw dengan member aku. Sampai lengan doh dia buat.
Tapi Alhamdulillah ada air, tapi di tandas jamban cangkung itu orang nak kencing itu ha. Itu pun sikit saja. Tapi janji boleh cuci. Di sinki, air tak ada langsung bhai. Masa nak cuci, masing-masing berebut nak cuci tangan. Ada yang sampai masuk tandas perempuan untuk cuci tangan. Hahaha!
Aku ni paling last basuh tangan, so RIP la aku bakal jadi mangsa. Diorang tahu aku goyang sikit kalau kena tinggal seorang. Lagi-lagi dalam gelap.
Masa aku nak basuh tangan, aku dah bagi warning aku tak redha exam diorang tak dapat skor cantik kalau diorang kacau aku.
Last-last diorang memang buat kacau betul. Aku tengah cangkung nak basuh tangan di jamban itu, diorang punyalah barua main tutup buka lampu. Mana taknya aku menjerit sambil maki mereka semua. Tiba-tiba aku chow la selepas dah habis basuh tangan.
Aku tengok pintu tandas depan dah tertutup. Aku buka, aih dah tak ada diorang. Aku ingat diorang dah kacau tu, diorang blah tinggalkan pintu tutup. So pergi mampuslah aku tak kisah. Aku main-main rambut kejap depan cermin.
Then aku macam dengar bunyi pintu tutup di tandas perempuan. Bunyi obvious gila kot pintu tutup. Aku fikir siapa masuk tandas tu. Lagipun dengar bunyi air. Air orang tengah basuh tangan beb. Actually tandas boys dan girls ini menghadap depan-depan saja pintu masuk dia. Aku keluar tandas itu, aku panggillah sesiapa yang berada di tandas perempuan tu.
Adalah kan tadi aku cerita member-member aku ada yang basuh tangan di situ. Jadi aku ingatkan ada lagi seekor yang tertinggal di situ tengah basuh tangan. Aku hello-hello tapi tak ada yang menyahut.
Aku fikir dia nak prank aku ke apa sebab bila panggil, terus bunyi air itu tak ada. Aku sengih-sengih macam orang bodoh juga fikir member nak kenakan aku. Aku masuk kejap, kononnya nak kejutkan dia. BAAAAA! Lompat macam monyet.
TAKDE ORANG SIAL!!!
Aku terdiam kejap, pusing nak patah balik ke kelas. Bulu satu badan aku dah meremang. Keluar dari tandas, tahu apa yang aku nampak?? Tergamam kejap bila nampak ni haaaa!
Mukanya bertutup, rmabut serabai sampai ke bawah, kepalanya seolah-olah tunduk. Aku terus lari! Punya cuak gila babi sampai nak berlari di koridor pun boleh tergelincir apa semua.
Korang tak tahu apa rasanya masa tu, nak cerita kat member-member pun diorang entah percaya entah tidak. Aku pun balik ke kelas dengan muka pucat mengelabah, badan berpeluh-peluh dan basah baju melayu aku.
"Eh, ko dah kenapa kabut-kabut ni? Boleh relaks tak?"
Aku nak cerita, tapi tak apalah, aku husnudzon saja apa yang aku nampak itu sementara saja. Aku redha dan harap benda itu tak follow aku balik. Aku dengan geng-geng classmate aku dah plan malam itu nak main badminton.
Tapi aku cakap aku malas. Padahal aku yang paling semangat nak join main badminton. Last-last aku yang cancel.
Masa aku masuk kelas tu, diorang siap ngumpat aku, kata aku penakut apa semua. Aku bengang awal-awal itu tapi aku cekal, aku pun relaks saja.
Lagipun benda natang yang aku nampak itu pun aku husnudzon kan. Aku tak kacau dia, so dia pun takkan nak kacau aku.
Habis kelas itu, kitorang ramai-ramai chow. Nak turun tanggu tu, aku pusing belakang dan pandang tandas itu lama-lama. Dalam hati dah gegar, padahal hahahaha!
Nak balik tu pun aku usha bangunan EM lama-lama. Manalah tahu ada yang melambai-lambai. Aku jalan paling depan kot antara classmate yang lain. Laju je aku berjalan nak balik ke bilik.
Aku sendiri tak jangka benda ni terjadi pada diri sendiri tapi bila dah terkena, baru tahu rasanya macam mana. Korang pun mungkin akan mengalaminya suatu masa nanti. Hahaha! Gurau-gurau. Tapi kalau ada member yang jenis senang takut ni, aku bagi nasihat jangan usik-usik dia sangat.
Bila kau suka mengusik kawan-kawan yang tak kuat ini lebih-lebih lagi bila dia seorang, kau macam dah menyeru sesuatu itu untuk datang lagi dekat dengan dia. Kasihan dia jadi mangsa keadaan. Nanti kalau kena kat kau, baru padan muka. Tapi itulah, benda semua ni ada saja di mana-mana. Kita tak tahu.
Doakanlah yang baik-baik untuk diri sendiri dan orang lain. Mulut jangan masin sangat kalau berada di tempat-tempat yang suram sikit. Biasanya tempat seperti itulah benda-benda itu buat jadi tempat tumpang dia.
Lagi satu, kalau benda itu datang dekat dengan kau atau kau ternampak dia, kau jangan pula nak menyumpah bagai. Just cool saja dan bacalah ayat kursi ke, korang istighfar perlahan-lahan. InshaAllah benda itu takkan mengganggu kau. Tak hingin pun dia nak ganggu kau kecuali kau yang jemput dia datang.
Sumber: @Kuapennn
Mahu kongsikan cerita pengalaman atau kisah seram anda? Hantarkan kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter http://bit.ly/2SI9QLf
via IFTTT