Menjadi kebiasaan pengguna media sosial memuat naik status, video atau gambar kenangan bagi berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Selain itu, media sosial juga patut digunakan dengan baik agar tidak menyakiti orang lain.
Afrina Zulkifli baru-baru ini memuat naik gambar-gambar majlis pertunangannya di Twitter. Malangnya, kegembiraannya terbantut apabila seorang lelaki bernama Luqman Shaik memuat naik komen yang berunsur rasis.
Tanpa memikirkan sensitiviti Afrina, Luqman mentertawakan pasangan wanita itu dikatanya 'mamak'. Tweet itu mendapat perhatian Afrina yang menganggap Luqman sudah keterlaluan dan biadab.
Meskipun sudah ditegur netizen, Luqman masih enggan berhenti dan terus melemparkan provokasi.
"It's cause she's marrying a mamak. It's funny because he's a mamak. Bukan Melayu asli," tulisnya.
Terkilan dengan perkara itu, Afrina memuat naik paparan screen tweet biadab Luqman.
"What the damn hell?! I can get engaged/married to anyone I want to cause I'm not a racist bigot like you.
"Perangai sampah. The epitome of 'sampah masyarakat," tulis Afrina.
Sementara itu, netizen menasihatkan Afrina mengabaikan saja individu terbabit kerana dia mungkin cemburu dengan tunangnya yang mendapat bakal isteri yang cantik.
Difahamkan, akaun Twitter Luqman telah dipadamkan.
Sumber: Twitter Afrina Zulkifli
from The Reporter http://bit.ly/2S7Udrq
via IFTTT