'Tol percuma dari 11 mlm - 5 pagi, tahniah pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur' - Reaksi netizen tetapi ditegur oleh lelaki ini
Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu "Off-peak" antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma.
Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.
Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, serta mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya.
Hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan digunakan untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri Najib Razak menyindir cadangan kerajaan itu.
"Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Ini bermakna, kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja (sebelum) 5 pagi.
"Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik. Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC (Pusat Transformasi Bandar)?
"Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam? Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup," sindirnya dalam catatan di Facebook.
"Siapa yang ajar teori hapus tol ini? (Menteri Pendidikan) Maszlee (Malik) ke?" sindirnya lagi.
Setiausaha Agung MCA Chew Mei Fun pula berkata, cadangan itu hanya akan menggalakkan aktiviti lumba haram sahaja.
Di media sosial, beberapa netizen tidak ketinggalan menyindir cadangan kerajaan dan menyifatkan pengumuman itu hanya memberi manfaat kepada pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur.
Tidak bersetuju dengan komen-komen seperti itu, ada netizen yang tampil membidas golongan berkenaan.
"MANSUH TOL 11 MLM - 5 PAGI HANYA UNTUNGKAN KAKI KELAB MALAM, GRO & PELACUR"— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
(Pembangang hujah sebegini sbb xpernah pikir ramai yg kerja malam supaya kehidupan kita boleh berlangsung seperti biasa)
Baca sampai habis. pic.twitter.com/GtdsCuU0h9
1. Pagi-pagi breakfast sblm kerja:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa bangun waktu subuh beli bahan, potong sayur daging dan masak supaya org kerje pagi boleh beli sarapan?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/QghfLL58WY
2. Sementara itu, isteri atau ibu ke pasar beli sayur beli daging ikan:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa yg bangun waktu subuh bawa lori, angkut sayur daging ikan ke pasar supaya pengunjung pasar boleh beli?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/oa1wtHIXMD
3. Lepas breakfast driving ke tempat kerja, jalanraya elok:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya time jalan berlubang siapa tampal jalan pada waktu malam supaya trafik sebelah siang berjalan lancar?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/8F1hq8G99Z
4. Selesai kerja, dinner atau lepak dengan kawan2 atau keluarga di kafe/restoran:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa yang bersihkan meja, lap lantai, basuh pinggan, bersihkan dapur, kemudian tutup kedai & balik rumah pukul 11 mlm/12 mlm/1 pagi?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/UoZCrkgc2Z
5. Kenyang. Time to balik rumah. Eh! Kejap. Kereta tak cukup petrol kene isi dulu:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya yang jaga stesen Petronas Shell Petron Caltex shif malam siapa?
GRO? Pelacur? pic.twitter.com/EBspcY6FtG
6. Lepas tu balik rumah sekeluarga nak mandi:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa sedang on-call kalau kalau bekalan air terputus ke, paip air bocor ke?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/KMM7fojCh2
7. Lepas mandi ada sedikit masa diluangkan dengan family, WhatsApp dengan kawan2, main Fesbuk Twitter, sembang dengan ibubapa kat kampung:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa sedang on-call bagi memastikan bekalan elektrik ada, internet tak putus, server tak down?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/X3NKHngyKt
8. Kalau tetiba berlaku kebakaran nanti nak minta pihak berkuasa bantu:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya kene calling calling siapa yg standby kat balai bomba?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/eWm7jRSehL
9. Ataupun alamak, tetiba ada kecemasan, sakit perut, demam, sakit, pengsan:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa bawa ke klinik/hospital, sesampainya ke klinik/hospital ada siapa kat sana?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/L5eiaii6lk
10. Kalau rumah tak terbakar, tak masuk klinik/hospital, alhamdulillah semuanya seperti biasa. Bolehlah tidur dengan rasa aman & selamat:— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Rasanya siapa yg sedang meronda, on-call kat balai polis supaya sekeluarga tidak disamun tidak dibunuh tidak dirompak?
GRO & pelacur? pic.twitter.com/rxdNoc4sjV
Beginilh kehidupan seharian kita.— Adrian Lim Chee En (@adrianlimcheeen) February 25, 2019
Aman, selamat, selesa, berlangsung sprti biasa.... sbb ramai sdg bekerja mlm. Mereka mncari pndapatan halal, tp ada yg seringkali lupa kita senang sbb ada yg sdg brkorban.
Ada je puak pembangang kata mereka kaki disko, GRO & pelacur.
-end-
Apa pula pandangan anda? Adakah anda setuju dengan cadangan pelepasan tol pada empat lebuhraya terlibat bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi?
from The Reporter https://ift.tt/2IvO0FY
via IFTTT