Tuntut cerai, suami pukul kepala isteri dengan al-Quran


Tindakan isteri menuntut perceraian mengundang kemarahan suaminya yang hilang pertimbangan lalu memukul kepala mangsa dengan al-Quran, sebelum memukul anak perempuannya dengan rotan sehingga cedera. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang 21 Februari lalu di kediaman pasangan tersebut, Jalan Tengah Stulang Baru, Johor Bahru.

Beliau berkata, punca kejadian itu berlaku adalah kerana isteri kedua yang dinikahinya pada 18 Ogos 2017 berusia 40 tahun menuntut perceraian. Tetapi lelaki itu enggan menerima sehingga menimbulkan kemarahan. 

"Suspek kemudian masuk ke dalam bilik tidur dan mengambil sebatang rotan berukuran 60 sentimeter di atas almari, lalu memanggil anak kandung perempuannya berusia 9 tahun masuk ke dalam bilik. 

"Suspek memukul kanak-kanak itu dengan rotan pada bahagian tangan kiri dan betis beberapa kali sehingga cedera," katanya. 

Difahamkan, anak perempuannya sudah dua kali dipukul bapanya menggunakan rotan, tetapi tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2TjBiyi
via IFTTT