5 tahun adik jadi hamba seks luar tabii abang kandung


Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun nekad melarikan diri dari rumahnya di Bidor dan membuat laporan polis kelmarin mendakwa dia dicabul, dirogol dan diliwat abang sulungnya berusia 26 tahun sejak dia berumur 11 tahun. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, remaja terbabit mendakwa kehidupannya dikongkong oleh suspek yang turut memberhentikannya dari persekolahan tanpa sebab. 

"Mangsa mendakwa kejadian berlaku sejak 2014 ketika berusia 11 tahun. Pada awalnya dia tidak dirogol, cuma dicabul dan kejadian rogol serta liwat berlaku pada 2017 semasa berusia 14 tahun dengan kejadian terbaru Jumaat minggu lalu. 

"Siasatan mendapati, mangsa anak yatim piatu dan tinggal bersama tiga abangnya di rumah sewa.

"Mangsa merupakan anak bongsu dari empat beradik. Kejadian berlaku semasa dua abangnya yang lain tiada di rumah," katanya. 

Sepanjang lima tahun itu, mangsa tidak pernah menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana telah diugut oleh suspek yang tidak mahu memberinya makan dan duit belanja sekiranya perbuatan kejinya itu dibongkar.

Mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Slim River dan ditahan wad sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut. 

Polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2US28uX
via IFTTT