Seorang lelaki sanggup bertindak membakar dirinya selepas bergaduh dengan teman wanita dalam kejadian di Kampung Bintang, Sitiawan, Manjung, Perak, semalam, Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.40 malam.
Siasatan mendapati, mangsa yang berusia 21 tahun itu dilaporkan membakar dirinya di tempat letak kenderaan di hadapan rumah, disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.
Mangsa yang parah kemudian dihantar ke Hospital Seri Manjung dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut pihak hospital, tubuh mangsa terbakar hampir 90 peratus.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu turut tersebar di media sosial. Berdasarkan video itu, seorang wanita dilihat cuba merampas objek dari tangan mangsa yang dipercayai pemetik api. Namun, mangsa terlebih dahulu menyalakan pemetik api itu menyebabkan badannya terus terbakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.
from The Reporter https://ift.tt/2uhX7Ae
via IFTTT