Kakak pertahankan suaminya liwat, rogol adik kandung


Seorang lelaki ditahan reman selama seminggu kerana dituduh meliwat dan merogol adik iparnya sendiri sejak dua tahun lalu. 

Suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 9.30 malam, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek juga pernah memukul mangsa menggunakan tali pinggang apabila mangsa enggan menuruti kehendak nafsunya itu. 

Lebih teruk lagi, suspek pernah merakam hubungan seksnya dengan mangsa menggunakan telefon dan mengugut untuk menunjuk video itu kepada bakal suami mangsa sekiranya dia melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Kakak kandungnya turut bertindak memarahi mangsa sekiranya dia tidak menurut kehendak nafsu suaminya itu. 

"Mangsa mendakwa pada hari sama, jam 2 pagi semasa berada di rumah abang iparnya (suspek) telah menggunakan tali pinggang untuk memukul mangsa di bahagian belakang kerana enggan melayani kehendak suspek untuk melakukan hubungan seks.

"Kali terakhir mangsa dipaksa melakukan hubungan seks adalah pada Selasa lepas sebanyak dua kali dan mangsa turut diliwat oleh suspek.

"Mangsa yang tinggal bersama kakak kandungnya dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sejak dari umur 16 tahun (tanpa kerelaan mangsa). Sekiranya mangsa tidak melayan kehendak suspek, kakak mangsa (isteri suspek) turut memarahi mangsa," katanya.

Mangsa kini disahkan mengandung selepas menjalani pemeriksaan doktor. 

Ekoran kejadian itu, suspek direman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, 377D dan 324 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/2Fy9puE
via IFTTT