'Salah ke aku bagi ubat peransang kat laki aku?' - Isteri kecewa, suami abai tanggungjawab


Bila sudah mendirikan rumah tangga, suami isteri perlukan menjaga hati pasangannya sepanjang masa. Adakalanya perlu mengalah, adakalanya perlu bertanya jika tidak memahami tindakannya. Itu semua asam garam berumah tangga. 

Baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap suami yang dianggapnya seperti 'batu' yang tak punya perasaan. Pelbagai cara dan kaedah dilakukannya untuk memujuk si suami, namun lelaki itu tidak mengendahkannya. 

"Salah ke aku bagi ubat peransang kat laki aku? Geram aku. Ada ke patut dari mula kahwin sampai sekarang dah ada anak seorang? Aku je yang dok hemoi-hemoi dia, penat tau. Sekali pun dia tak pernah datang hemoi-hemoi aku dulu. 

"Nak kata dia ada perempuan lain, tak ada pula. Kadang-kadang dia pergi kerja, handphone tinggal di rumah. Aku bagi ubat peransang boleh dia duk diam, tak juga mulakan dulu. Apa masalah jantan spesis ini? Aku dahlah jenis nak je.

"Time cuti pun dia tetap sama. Dengan handphone tengok politik yang dok bergaduh dalam Dewan Rakyat tu. Hangin aku. 

"Penat oit, rasa macam laki aku tak ada nafsu kat aku. Padahal aku ni goda dia, kalah perempuan dalam disko tu. Kadang-kadang rasa macam tak ada maruah pula. Serius lama-lama takut bosan, kecewa dan benci," luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga

Bagi segelintir netizen, ia mungkin nampak remeh dan lucu. Tetapi sekiranya tidak ditangani dengan lebih awal, ia boleh membawa kepada perceraian kerana si suami tidak peka dengan kehendak batin isteri. 

"Betul tu, ramai suami pandang remeh hal begini. Bila isteri tunjuk ketidakpuasan hati, suami kata isteri tidak tahu bersyukur. Bila failkan cerai, dilabelnya perempuan ikut nafsu, mula tuduh si isteri cari lelaki lain, dicop gatal, sundal dan lain-lain. 

"Sepatutnya suami mengambil berat tentang hal-hal seperti ini tak kiralah sudah lama atau baru berkahwin," kata netizen. 

"Luahan walaupun jenaka, tapi penuh dengan ayat tersirat. Kaum lelaki kena alert benda ini, takut isteri curang. Jaga-jaga," tambah netizen lain.


from The Reporter https://ift.tt/2UeLRDq
via IFTTT