'Dia menangis tak henti-henti sebelum hembus nafas terakhir di tangan saya' - Bayi 2 bulan meninggal dalam pesawat AirAsia
Ibu kepada bayi berusia dua bulan yang meninggal dunia dalam pesawat yang dijadualkan terbang dari Kuala Lumpur ke Perth, pagi Isnin, baru sahaja mahu memulakan hidup baru mereka di Australia, lapor Daily Mail.
Salah seorang penumpang yang membantu pasangan itu untuk menjaga mangsa berkata, pasangan dari Arab Saudi itu dalam perjalanan ke Australia untuk memulakan kehidupan baru.
Difahamkan, bayi diberi nama Farah itu menangis tanpa henti membuatkan ibubapanya tidak tentu arah selama dua jam setengah.
"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, terus menjerit kepada penumpang jika ada yang bekerja sebagai doktor di kalangan mereka," kata Nadia Parenzee melalui status yang dimuat naik di Facebooknya.
"Bayi itu menghembuskan nafas terakhirnya di tangan saya membuatkan saya terkedu seketika," katanya.
Parenzee juga memuji tindakan krew AirAsia yang bertindak secara profesional dan pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 5:30 pagi.
Menurut jurucakap AirAsia berkata, polis, paramedik dan pihak berkuasa lapangan terbang terus menghampiri mereka sebaik saja pesawat itu mendarat di lapangan terbang.
Polis persekutuan dan penyiasat forensik berada di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan punca kematian bayi itu dan mengambil keterangan kakitangan yang berada dalam pesawat itu.
from The Reporter http://bit.ly/2XBNcSJ
via IFTTT