'Kerja di SPAD jadi pegawai, selepas bubar ditawar gred 19 & campak ke Sarawak' - Bekas staff SPAD dakwa dianiaya kerajaan
Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan yang telah memberhentikannya sehingga hilang punca pendapatan.
Egard Mohd Aizat melalui Facebook berkata, semasa berkhidmat di SPAD, beliau memegang jawatan sebagai pegawai. Tetapi kini dia hanya ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKPS).
“Kerja dekat SPAD pegawai, degree qualification. Lepas SPAD bubar, lepas empat bulan merayu, tu dia, bagi gred 19 lepas itu campak ke Sarawak.
“Dah nampak cara kerajaan aniaya orang? Lepas tu nak sembang nak jadi kerajaan yang lagi baik dari BN,” katanya.
Egard juga melahirkan rasa kesal kerana beliau berasa dirinya telah 'diperbodohkan’ oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Aniaya orang. Penipu. Tak tau apa yang baik yang ada dari PH ini sejak diorang memerintah,” katanya lagi.
Status Egard Mohd Aizat itu juga turut dikongsikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di media sosialnya.
“PH semakin keterlaluan. Ada siapa lagi bekas staf SPAD yang menghadapi isu yang sama, ditindas Anthony Loke (Menteri Pengangkutan)? Apa gunanya PH sembang Youth Power?” katanya.
Isu ini semakin diperkatakan setelah ramai kakitangan SPAD ditamatkan perkhidmatan apabila kerajaan menukarnya kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan.
Walaupun ada sebahagiannya ditawarkan kerja oleh kementerian namun ramai merungut kerana gaji dan jawatan yang diberi tidak setara dengan akademik dan pengalaman mereka.
Sumber: MalaysiaGazette
from The Reporter http://bit.ly/2vp27DQ
via IFTTT