Seorang penjual aiskrim dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan yang tidak diingini.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari Ahad di Pasir Pekan, mangsa, Ahmad Samosa, 60, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa yang juga merupakan warga Thailand, sebelum itu menunggang motosikal Yamaha Y100 ke Wakaf Bharu dari Kota Bharu.
Tiba di lokasi, motosikal mangsa yang membawa peti aiskrim terbabas dan terjatuh ke laluan kereta yang memandu di lorong tengah.
Pemandu kereta Perodua Kancil yang berada di tengah laluan itu menekan brek kecemasan tetapi gagal tidak sempat berhenti berikutan jarak yang terlalu dekat, lalu merempuh motosikal mangsa dari bahagian belakang.
Pemandu Kancil tidak mengalami kecederaan dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter http://bit.ly/2XP6pR1
via IFTTT