'Perempuan yang langgar adik sampai mati tengah seronok tunggu duit insurans, ibu tengah tanggung derita rindukan arwah adik'


"Terasa baru kelmarin kamu ada di sisi, tiba-tiba kamu pergi tak kembali lagi," itulah luahan si ibu yang rindukan anaknya yang telah tiada akibat dilanggar pemandu yang tidak bertanggungjawab. 

Bukan sahaja ibu, malah bapa kepada mangsa juga tidak dapat menahan kesedihan, apatah lagi adik beradiknya. 

Menurut Tira, ibunya meluahkan rasa rindu itu di Instastory dan perkara itu dikongsikan Tira dengan rakan-rakan Twitternya, membuatkan ramai yang bersimpati.



"Perempuan yang langgar adik aku sampai mati, tengah seronok tunggu duit insurans kereta dia. 

"Kereta dia boleh dibetulkan balik, while my mak tengah menanggung derita rindukan arwah adik aku. Tengoklah mak aku update story rindu. 

"Aku dengan bapak aku tengah settle KWSP, sambil menangis bapak aku isi borang. Why la manusia macam tu wujud lagi. 

"30 April ini harijadi mak aku. 22 April adik aku pergi. Ya, janji Allah itu pasti. But at least, kau datang minta maaf dengan mak aku la. 



"Abah tak pernah menangis. Bulan lepas adik abah meninggal dunia, bulan ini anaknya pula. Allah, kuatnya dugaan abah. 

"Pertama kali dalam hidup aku nampak abah menangis. Susah dia nak sebut arwah kat depan nama adik," katanya.

Tidak kurang juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama. 















from The Reporter http://bit.ly/2WaNEHk
via IFTTT